Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Busana Kebangsaan Miss Supranational Malaysia 2018 Hilang! Penaja Tuntut Ganti Rugi

by Phic ARMAN
March 5, 2019
Share on Facebook

Juara pertandingan kecantikan Malaysia kembali menjadi kontroversi gara-gara busana kebangsaan yang dipertandingkan. Seperti mana yang pernah di war-war kan sebelum ini, Miss Supranational Malaysia 2018 (MSM2018) Sanjna Suri mengenakan busana kebangsaan Srikandi untuk bertanding di grand final Miss Supranational yang digelar di Poland pada 7 Disember 2018.

Sebelum berangkat ke Poland, Sanjna ada mempamerkan gayanya mengenakan busana kebangsaan tersebut di akaun Instagram.

“Official Miss Supranational Malaysia 2018 National Costume Langkasuka : The Great Malay Heroine (Srikandi Melayu Yang Agung),” demikian tulisnya di keterangan foto yang dimuatnaik di akaunnya @sanjna_suri.

Namun dikhabarkan penaja yang bertanggungjawab menghasilkan busana kebangsaan tersebut mendakwa pihak MSM2018 masih tidak memulangkannya lagi sehingga hari ini. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan secara rasmi oleh selaku penaja Borneo Republic Malaysia Creations (BR) menerusi akaun instagram mereka di @borneorepublicmalaysia.

https://www.instagram.com/p/BunMMaCgJbL/

Seperti yang dilaporkan oleh BR, mereka telah menerima jawapan dari MSM2018 pada 27 Februari 2019 dengan memaklumkan bahawa busana tersebut telah hilang dan bakal membayar gantirugi. Walaubagaimanapun, sehingga tarikih kenyataan ini dikeluarkan, gantirugi masih belum diterima.

View this post on Instagram

A post shared by Borneo Republic Malaysia Creations (@borneorepublicmalaysia)

Dalam kenyataan yang sama pihak BR meluahkan rasa sedih dengan hal ini dan berharap gantirugi tersebut dapat dilunaskan dengan segera oleh MSM2018.  Busana kebangsaan bertemakan Srikandi itu merupakan karya sepenuhnya dari Borneo Republic Malaysia. Dalam akaun Instagramnya pihak Borneo Republic Malaysia pun menjelaskan makna dari kostum yang dipakai wanita cantik lulusan farmasi dari Cyberjaya University College of Medical Sciences itu. Dari keterangan foto tersebut diketahui bahawa Busana kebangsaan itu terinspirasi Ratu Langkasuka dari kerajaan Melayu zaman dahulu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Miss Supranational Malaysia 2018Sanjna Suri
https://lomp.at/5dufs
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem