Membuat kemunculan berlakon dalam filem pada tahun 1988, Salman Khan hanya berperanan sebagai cameo dalam filem Biwi Ho. Tak perlukan waktu lama, tahun berikutnya dia terus mendapat watak utama di filem Maine Pyar Kiya. Filem tersebut menjadi salah satu filem dengan pendapatan tertinggi dan paling laris.
Namanya semakin melonjak naik ketika dia memenangi berbagai anugerah seperti Filmfare Best Male Debut Award.

Tak hanya dengan kemunculan filem pertamanya yang laris, jajaka berbadan sado kelahiran Madhya Pradesh ini juga membintangi banyak filem yang hits dan terkenal sampai sekarang. Sudah berada di dunia hiburan lebih dari 20 tahun, tentu perjalanan karier Salman Khan sangatlah panjang. Namanya menjadi sebutan seluruh dunia, dirinya pun kian dikagumi ramai orang dari berbagai negara, bukan hanya India saja.
Berikut adalah 10 gambar transformasi Salman Khan sejak dirinya masih muda sampai kini berusia 53 tahun. Meskipun sudah tak berapa muda lagi, Salman sekarang tetap menawan dan curi perhatian!