Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Kau Keje Macam Taik!’ – Rozita Che Wan Jawab Tuduhan Bekas Pemandu

by Khai Azfar
March 7, 2019
Share on Facebook

Semalam, tular di laman Facebook apabila seorang lelaki yang juga bekas pemandu kepada pelakon Rozita Che Wan mendedahkan bahawa pelakon itu tidak membayar gajinya seperti yang dijanjikan. murai.my difahamkan lelaki itu baru dua bulan bekerja dengan Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta.

Mahu Boikot Che Ta 

Perkongsian itu turut mendapat reaksi daripada Kumpulan Pilot & Bodyguard Kuala Lumpur (KLPB) yang menuntut pihak pelakon itu menjelaskan bayaran gaji kepada pemandu peribadinya.

Malah wakil kumpulan itu juga akan memboikot dan menularkan perilakunya yang sebenar sekiranya dia masih enggan menjelaskan bayaran seperti yang dituntut

” Ingat! Kamu tu celebrity dan public figure! Bangsa ko sendiri ko pijak-pijak.
Mohon viral kan !”

Terdahulu, lelaki itu meluahkan secara umum mengenai masalahnya serta turut menyertakan beberapa suntingan perbualannya bersama pembantu peribadi Che Ta berkenaan permohonan pembayaran gajinya itu di laman WhatsApp.

Che Ta Mengamuk

Menyedari akan isu itu kini tular di media sosial, Che Ta tampil mempertahankan dirinya dan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemandunya itu. Menurut Che Ta, lelaki itu sememangnya seorang yang bermasalah selain membuat kerja sambil lewa.

Tegas pelakon itu, dia tidak akan teragak-agak untuk turut tularkan sikap lelaki itu memandangkan isu tersebut kini hangat diperkatakan.

Che Ta Bakal Saman Malu 

Terbaru,  Che Ta dikatakan sudah membayar gaji penuh berjumlah RM2000 kepada lelaki tersebut. Namun setelah cerita mengenainya tersebar luas sehingga menjatuhkan fitnah yang memalukan, Che Ta nekad untuk membuat tindakan mahkamah dengan menyaman malu seetai menuntut dia melakukan permohonan maaf secara terbuka.

“Semalam pada tarikh 6 Februari saya baru masuk pejabat. Selesai urusan yang patut termasuk mesyuarat, saya sudah bersedia nak isukan cek kepada pembantu peribadi… tiba-tiba dia buat hal viralkan perkara ini. Saya asalnya nak sudah nak bayar dan dia juga sudah bersetuju dengan jumlah gaji yang akan dibayar,”

Menerusi kenyataan media yang dibuat pelakon itu, dedahnya lagi dia sama sekali tidak pernah melarang bekas pemandunya itu untuk membuat kerja lain. Namun dek kerana ianya menjejaskan mutu kerjanya, Che Ta berasa kurang senang selain turut menasihatinya sebelum ini.

“Kalau dia muat naik dalam status di Facebook, cakap kena kerja pada dari jam 7 pagi hingga 12 malam sampai letih. Kenapa tak tulis pula sepanjang masa itu, masa banyak dihabiskan dengan membuta (tidur). Tak cukup saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau. Sebelah malam pula sanggup ambil kerja lebih masa dengan menjadi pemandu Grab sampai lewat pagi.

“Soal nak buat kerja lain itu saya tak pernah larang, tapi sampai etika kerja jadi ‘ke laut’ hingga tak datang tepat waktunya, apa saya patut beri muka dengan orang macam ini. Banyak kesalahan dan masalah yang ditimbulkan, tapi saya cuba pejam mata. Nampak gayanya, dia cuba menguji tahap kesabaran diri.

“Daripada awal dia bersetuju nak kerja dalam tempoh jam yang panjang. Tapi dalam sepanjang tempoh itu bukan dia kena bekerja pun. Dalam seminggu pun ada kalanya dia hanya perlu datang dalam tiga atau empat hari. Kalau saya bercuti atau tiada dalam KL, tugasnya tidak diperlukan. Malah ada kalanya, Zain yang menjadi pemandu,”  katanya

[VIDEO] Gelagat Che Ta Bebel Aaisyah Pakai Heels Dalam Rumah-"Kalau Pak Hang Tengok Mengamuk"
rozita che wan
https://lomp.at/qkzvx
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara