Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

A. Aida Dikecam Hebat Gara-Gara Kenyataan ‘Pentingkan Rupa Dari Bakat’

by Khai Azfar
March 12, 2019
Share on Facebook

Baru-baru ini menerusi artikel Harian Metro, pengarah popular Datuk A Aida telah mengeluarkan kenyataan berkenaan peserta yang hadir pada sesi ujibakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019. Menurutnya rata-rata yang hadir tidak menepati kriteria yang dikehendaki selain menyifatkan dia lebih mementingkan peserta yang mempunyai rupa dari bakat. Menurut info, seramai hampir 200 orang peserta hadir dari pelbagai latar belakang untuk mencuba nasib sebagai pelakon.

Ogy Tempelak Kenyataan A.Aida

Lantaran itu, A.Aida dikecam hebat bukan sahaja daripada netizen malah selebriti-selebriti tanah air yang bergelar pelakon turut memberikan pandangan mereka tersendiri. Pelakon dan pengarah, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy menerusi laman Instagram nya menempelak kenyataan yang dikeluarkan oleh A.Aida. Menurut Ogy, dia kecewa dengan kenyataan tersebut kerana seolah-olah menghina ciptaan Tuhan.

View this post on Instagram

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy)

Ogy yang kini turut tampil dengan program pencarian bakat menjelaskan bahawa ‘industri’ memerlukan mereka yang mempunyai bakat semula jadi dan disebabkan itu dia mewujudkan program ‘spotlight’ bagi menggilap bakat mereka. Malah Ogy sempat memerli juri DFKL dengan bertanyakan adakah ‘mereka’ sebelum ini merupakan pelakon yang popular.

“Yang Juri Tu Saya Nak Tanya
Tersohor Ke Awak Sebagai Pelakon Di Malaysia Ni???
Jangan Ego Dan Sombong Sebab Kamu Dapat Banyak Projects Di Tv Station.
Allah Beri Dan Allah Boleh Ambil Balik..
Tak Perlu Biadab Keluar Statement”

Anding Turut Tidak Bersetuju 

Dalam pada itu, kenyataan pengarah itu turut menarik perhatian penyanyi dan pelakon Anding Indrawani. Menurut Anding, dia sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan A.Aida selain menyifatkan ianya seumpama ‘membunuh industri’.

Meskipun begitu, jelas Anding dia tidak menolak bahawa terdapat mereka yang dilahirkan sebagai individu yang mempunyai pakej rupa dan bakat. Apa pendapat anda? Kongsikan dengan kami!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
a.aida
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara