Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Sebelum Johnny Depp, 6 Selebriti Lelaki Ini Pernah Dipukul Oleh Wanita

by Zaidin Albert
March 15, 2019
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Kes kekerasan dalam rumah tangga yang dialami Johnny Depp mendapat perhatian dari masyarakat secara luas. Aktor berusia 55 tahun ini mendapat diperlakukan secara kasar dari Amber Heard saat membina rumah tangga bersama.

Setelah bercerai, Johnny Depp telah membuat pendakwaan terhadap bekas isterinya. Johnny Deep pun menunjukkan bukti-bukti bahawa Amber Heard telah melakukan kekerasan dalam rumah tangga pada dirinya.

Namun malangnya, ketika Johnny Depp menunjukkan bukti-bukti tersebut ke media The Blast pada tahun 2018, tak begitu ramai yang mempercayainya.

Kes yang dialami seumpama yang dialami oleh Johnny Depp sudah pun terjadi pada tahun 2015 silam. Kejadian berlaku ketika mereka masih menjadi suami isteri. Hal yang dialami oleh Johnny Depp sangat mengerikan. Kejadian tersebut bermula dari perselisihan antara Johnny Depp dengan Amber Heard.

Tak disangka, Amber Heard malah memotong jarinya. Setelah perlakukan sebegitu,  Johhny pun menuntut rugi sebesar USD 50 juta atau senilai RM 200 Juta.

Kejadian menimpa dirinya itu mendapat sokongan dari peminat dan pengguna media sosial lainnya. Ini kerana foto-foto bukti kekerasan yang dialami oleh Johnny Depp telah menjadi tular di media sosial, dalam foto tersebut terlihat wajahnya mengalami luka lebam dan juga hujung jarinya terpotong.

Kes kekerasan dalam rumah tangga tak hanya dialami oleh Johnny Depp saja, namun beberapa artis lelaki yang lain juga pernah mengalami hal tersebut. Siapa saja mereka? Berikut dantara selebriti lelaki yang pernah menjadi mangsa kekerasan.

Lionel Richie

Lionel Richie  penyanyi disegani ini pernah mengalami kekerasan dalam rumah tangga. Perlakuan buruk tersebut dialaminya pada tahun 1988 ketika dia ditangkap curang bersama seorag wanita di sebuah bilik hotel. Diptetik dari Throwback.com, berita tersebar di mana isterinya, Brenda Harvey menyamar menjadi pekerja room service. Dia pun masuk ke bilik tersebut dan menyerang Lionel Richie dan wanita itu.

Kes tersebut membuatkan Brenda di penjara kerana tuduhan melakukan kekerasan terhadap pasangan, serta melanggar privasi iaitu masuk tanpa izin, serta melakukan penyerangan.

Tiger Woods

Siapa yang tak kenal Tiger Woods, boleh dikatakan dia adalah legenda dalam sukan golf. Atlet golf profesional berasal dari Amerika Syarikat ini merupakan salah satu pemain golf paling berjaya sepanjang masa. Namun siapa sangka dia pernah mengalami diperlakukan kasar dari isterinya. Seperti yang ditulis dalam NYpost, kala itu, Elin Nordegren yang merupakan isteri dari Tiger Woods mengetahui bahawa dirinya dicurangi. Mereka pun bergaduh dan Elin didakwa mencakar-cakar wajahnya saat Tiger pergi meninggalkannya.

Namun saat itu Tiger Woods berusaha mengelak dari persengketaan ini sehinggakan isterinya mengikut sampai ke padang golf. Selain itu, Elin Nordegren juga sengaja melanggar kereta ke kereta milik Tiger.

Bobby Brown

Pada beberapa tahun yang lalu, ramai yang menganggap bahawa Bobby Brown telah melakukan kekerasan rumah tangga terhadap isterinya, Whitney Houston. Namun fakta akhirnya terungkap. Si isterinya yang kerap melakukan tindakan kekerasan pada suaminya. Hal ini diketahui dalam sebuah wawancara Dailymail beberapa tahun lalu.

Dennis Rodman

Dennis Rodman dikenali sebagai pemain bola keranjang yang terkenal. Namanya melambung tinggi kerana bakat dan kemahirannya di gelanggang. Selain itu, penampilannya juga tak lepas dari perhatian, baik di arena mahupun di luar arena. Dia sangat suka mewarnakan rambutnya dengan berbagai warna hingga koleksi puluhan tatu di tubuhnya, serta tindik bersepah di badannya.

Meskipun terlihat garang, dia pernah mengalami kekerasan dalam rumah tangga pada 1999. Dennis terlibat pergaduhan hebat dengan Carmen Electra yang saat itu masih menjadi isterinya. Pergaduhan tersebut membuat beberapa luka di badan Dennis, yakni berupa cakaran. Dipetik dari Independent.uk, kedua-duanya pun ditahan oleh polis kerana telah terlibat pergaduhan hebat dan saling menghina. Namun akhirnya, tuduhan tersebut dibatalkan.

Bill Clinton

Bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton juga pernah mengalami kekerasan dalam rumah tangga. Dalam sebuah buku biografi berjudul Hillary’s Choice dituliskan bahawa wanita berusia 67 tahun, Hillary memukul Bill Clinton terus menerus.

Sebelumnya pada tahun 1993 silam, Hillary sempat mencakar wajah Bill dengan kukunya hingga meninggalkan bekas pada dagunya. Hal ini tercetus kerana wanita tersebut sangat kecewa pada suaminya yang saat itu tengah menjawat sebagai Presiden Amerika Syarikat mendapat kunjungan dari penyanyi Barbra Streisand di White House.

Evan Peters

Aktor tampan Evan Peters pernah mengalami kekerasan dari kekasihnya Emma Roberts. Kejadian ini terjadi pada tahun 2013 lalu, dia mengalami kekerasan hingga berdarah dan ada bekas gigitan pada wajahnya. Meski demikian, Evan enggan menuntut atau melaporkan kepada polis mengenai kelakuan kekasihnya itu, dia justru ingin berdamai dan tetap menjalin hubungan. Namun Emma tetap ditahan oleh pihak polis.

Bill clintonBobby Brown
https://lomp.at/c7lgn
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem