Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Rozita Che Wan Tuntut Permohonan Maaf Sehingga Jam 6

by Khai Azfar
March 15, 2019
Share on Facebook

Pelakon Rozita Che Wan hari ini telah mengadakan sebuah sidang media khas berkenaan isu melibatkan bekas pemandu peribadi nya, Muhammad Riduan bin Mohamad Mizul yang mengeluarkan beberapa kenyataan berunsur fitnah kepadanya.

Bekas Pemandu Tidak Hadir Ke Sidang Media

Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, antara tujuan dia mengadakan sidang media ini pada mulanya kerana ingin memberi Riduan peluang untuk memohon maaf secara terbuka. Namun pihak disana dikatakan gagal dihubungi dan sidang media hari ini diadakan lebih kepada menjelaskan mengenai tindakan yang akan diambil selepas ini.

“Bagi membersihkan nama saya dari tuduhan tersebut, saya ingin memaklumkan bahawa saya, melalui peguam saya telah menghantar notis tuntutan kepada Muhammad Riduan pada 11 Mac 2019.

” Walaubagaimanapun, sehingga kini, saya dan peguam saya tidak ada menerima sebarang maklum balas, jawapan, atau dihubungi oleh beliau atau wakil beliau.

Saya amat kesal dengan keengganan beliau tampil hari ini untuk memohon maaf secara terbuka walaupun secara terang kenyataan tersebut berunsur fitnah dan memalukan saya”

Beri Masa Sehingga Jam 6 Petang

Jelas Che Ta ketika ditemui murai.my dalam sidang media yang diadakan Hotel Royale Chulan Damansara, dia sebenarnya enggan memanjangkan kisah tersebut dan turut memberi kesempatan kepada Riduan untuk hadir pada hari ini untuk memohon maaf.

Meskipun begitu, pelakon ini tetap memberi peluang kepadanya sehingga jam 6 petang ini untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi mana-mana plaftorm.

Sekiranya gagal berbuat demikian, Che Ta yang turut diwakili peguamnya Wan Sarimah, CS Law Advocates and Solicitors tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang.

Dalam perkembangan lain, Che Ta turut berhadapan dengan masalah perniagaannya yang turut terjejas kerana isu yang tular ini.

‘Oleh kerana isu yang tular ini, perniagaan saya terjejas dan nama baik saya turut tercemar sehingga melibatkan pekerja-pekerja saya yang turut tertekan. Bagi saya ini adalah kontroversi paling besar pernah saya alami sepanjang bergelar anak seni`- katanya di sidang media.

Ketika ditanya adakah dia serik untuk mengambil pemandu peribadi, ujar Che Ta dia sememangnya tiada masalah berkenaan hal itu malah sudah mempunyai pemandu yang lain.

[VIDEO] Gelagat Che Ta Rakam Aaisyah Bersiap Untuk Ke Sekolah, Cetus Perhatian Ramai!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Muhammad Riduan bin Mohamad Mizulrozita che wan
https://lomp.at/kukbc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem