Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Ras Adiba Radzi Tamatkan Zaman Solo Bersama Duda Anak Enam

by Ayden Mikhael
March 17, 2019
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Syukur, alhamdulillah tahniah murai.my ucapkan kepada bekas personaliti TV3, Ras Adiba Radzi yang telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali jam 2.38 petang semalam dengan dua kali lafaz. Perkahwinan ini adalah perkahwinan ketiga buat Ras dan kedua buat Azam.

Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, disempurnakan bapa Ras, Mohd Radzi Wahab, dengan disaksikan Imam Masjid.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 bersama empat dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

“Sebenarnya, kami sudah lama saling mengenali, iaitu sejak masing-masing bertugas di TV3 yang ketika itu beroperasi di Jalan Liku, Bangsar. 

“Bagaimanapun, ketika itu hubungan kami adalah atas paksi profesional. Malah, masing-masing tidak pernah terfikir akan bertemu jodoh, hari ini. 

“Disember lalu, kami berjumpa kembali pada majlis pertemuan semula (reunion) bekas kakitangan stesen televisyen berkenaan. Ketika itu, kami lebih banyak berkongsi cerita sesama sendiri,” kata Ras Adiba.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Ras dikurniakan dua cahaya mata, manakala suaminya pula mempunyai enam anak. murai.my mendoakan agar Ras dan Azam bahagia serta berkekalan hingga ke Jannah, aamiin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ras adiba
https://lomp.at/724lz
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem