Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Tembakan Rambang: Finalis Ratu Cantik New Zealand Kongsi Detik Cemas

by Khai Azfar
March 18, 2019
Share on Facebook

Insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand baru-baru ini ternyata mengejutkan dunia. Bukan sahaja kerana berlaku di negara Kiwi yang sememangnya terkenal dengan keamanannya, malah peristiwa hitam itu turut mengorbankan seramai 50 orang yang berada di dalam Masjid Al Noor dan Masjid Linwood selain mencederakan puluhan yang lain.

Sedang Menunaikan Solat Di Masjid Ketika Insiden Berlaku 

View this post on Instagram

A post shared by Nurul Zuriantie Shamsul ? (@nurulzbshamsul)

Peristiwa itu turut memberi kesan pada salah seorang finalis Ratu Cantik, Miss Universe New Zealand yang juga anak kelahiran Malaysia iaitu Nurul Shamsul yang berada di Hamilton North Island (kira-kira 677 km dari Christchurch). Menurul Nurul atau nama sebenarnya Nurul Zuriantie Shamsul, secara peribadi dia berasa begitu terkesan dengan insiden menyayatkan hati itu apatah lagi ketika kejadian tersebut sedang berlaku, dia sedang menunaikan solat Zuhur di sebuah masjid berhampiran dengan rumahnya.

”Pada waktu kejadian, saya sedang berkeseorangan menunaikan solat Zuhur di sebuah masjid berdekatan dengan rumah. Hanya selepas 10 minit ia berlaku, saya mendapat tahu mengenai berita itu.

”Terus tegak bulu roma kerana tak menyangka ia akan berlaku di dalam kawasan masjid. Bimbang juga jika mereka boleh berada di masjid di sini (North Island).

Kutuk Insiden Kejam 

Kongsi nya lagi di laman Instagram, kejadian tersebut juga tidak mencerminkan New Zealand sebagai sebuah negara yang selamat dan tenang sama seperti yang dia kenali 16 tahun lalu. Ini kerana dia percaya, insiden tersebut merupakan satu tindakan kejam yang dikutuk seluruh dunia dan ianya sama sekali tidak akan meruntuhkan moral masyarakat New Zealand yang cintakan keharmonian budaya dan agama.

View this post on Instagram

A post shared by Nurul Zuriantie Shamsul ? (@nurulzbshamsul)

Dalam kenyataaanya itu juga, dia mengajak peminatnya untuk mendoakan mereka yang terkorban ditempatkan di ‘syurga tertinggi’ selain mengharapkan umat islam di sana menjaga diri masing-masing dan dikuatkan iman. Al-Fatihah buat kesemua 50 mangsa yang terkorban.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
miss universe new zealand 2018nurul shamsul
https://lomp.at/4m00j
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem