Friday, February 3, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

[VIDEO] Caprice Menentang Cadangan Mufti. Ini Pesannya…

by Phic ARMAN
March 19, 2019
Share on Facebook

Baru-baru ini Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, mencadangkan supaya permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) perlu diharamkan. Ini kerana permainan itu seolah-olah mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan.

Mohd Yusof berkata kepada Harian Metro, permainan seperti ini sudah dirancang dalam tempoh yang lama dan bertujuan membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas.

Caprice Tak Bersetuju

Walaubagaimanapun, cadangan yang diutarakan oleh Mohd Yusof mendapat tentangan dari penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli. Dalam video terbaharu yang dimuatnaik di Instagram semalam (18/3), Caprice berkata, permainan PUBG sama sekali tidak membuatkan pemainnya bertindak ganas, apatah lagi menyertai kumpulan pengganas.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Caprice turut menekankan bahawa, tindakan pengganas sebenarnya dari perkembangan fahaman ekstremis atau radikal bukannya dari permainan PUBG. Tambahnya lagi, seharusnya, pihak Mufti mengusulkan cadangan untuk mengharamkan perkahwinan di bawah umur kerana itu lebih relevan.

Beliau mengulas isu ini berkenaan  dengan insiden berdarah di masjid Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Dala perkembangan lain, Kerajaan Pas Kelantan juga tidak bersetuju jika permainan PUBG diharamkan kerana dikaitkan dengan sentimen kegananasan.

Menerusi laporan dari Utusan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Dr. Mohamed Fadli Hassan berkata, insiden berdarah di dua buah masjid Christchurch, New Zealand itu adalah serangan keganasan dan tiada langsung kaitan dengan sukan elektronik (e-sport) tersebut.

Katanya, walau bagaimanapun semua benda melibatkan aspek positif dan negatif termasuk dalam e-sport dan terpulang kepada kebijaksanaan seseorang untuk menilainya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: capriceDatuk Mohd Yusof Ahmad
Share2Tweet2SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Anggap PM Sokong Konsert Maksiat, PU Syed ‘Koyak’ Ditegur Peminat AR Rahman?
Lokal

Anggap PM Sokong Konsert Maksiat, PU Syed ‘Koyak’ Ditegur Peminat AR Rahman?

by Phic ARMAN
February 3, 2023
Keanu Reeves Dihantui Lelaki Aneh, Ceroboh Masuk Rumah Siap Bawa Ujian DNA
Hollywood

Keanu Reeves Dihantui Lelaki Aneh, Ceroboh Masuk Rumah Siap Bawa Ujian DNA

by Phic ARMAN
February 3, 2023
Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?
Hollywood

Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?

by Phic ARMAN
February 2, 2023
‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?
Lokal

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

by Zaidin Albert
February 2, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  3. 3

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  4. 4

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

  5. 5

    “Janji Jangan Ambil Hak Orang”- Bekas Isteri Pelawak Chot Titip Ucapan Buat Nad Zainal

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan