Bintang bola sepak sudah sebati dengan gaya hidup yang mewah dan bergelumang dengan harta. Apalagi kalau mereka berasal dari kelab-kelab yang terkemuka, sebut saja Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Berkat kehandalan mereka di menggelecek bola menjadikannya masuk ke senarai pemain bola terkaya di dunia.

Dikutip dari Forbes, Lionel Messi telah memiliki kekayaan yang fantastik. Jumlah kekayaannya mencapai US$ 111 juta atau sekitar RM 455 juta, sekaligus menduduki di urutan kedua di senarai atlet dengan bayaran termahal tahun 2018.

IKLAN

Sementara Cristiano Ronaldo pula, memiliki harta kekayaan yang tak jauh beza dengan Messi iaitu US$ 108 juta atau sekitar RM 412 juta. Ronaldo pada tahun 2018 berada di kedudukan ketiga dalam senarai.

Anda rasa kedua-dua atlet tersebut sudah paling kaya di dunia, tekaan anda salah! Ternyata, jauh di atas dua atlet itu, ada seorang bintang bola sepak muda yang boleh dikatakan sebagai pemain bola terkaya di dunia bernama Faiq Bolkiah.

10 Foto Tampan Faiq Bolkiah, Bintang Bola Sepak Paling Kaya Di Dunia

Mungkin nama itu masih asing di telinga anda, pemuda berasal dari Brunei Darussalam itu beberapa kali disebutkan di media luar sebagai pemain bola sepak paling kaya seiring dengan harta kekayaan mencapai US$ 20 Billion.

Kredit foto: IG Faiq Bolkiah

Bagaimana boleh jadi kaya sebegitu? Sebenarnya, Faiq bukan dari keluarga biasa-biasa. Dia merupakan anak buah dari Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah. Jadi boleh dibayangkan kan seberapa kayanya mereka.

Faiq bersama Bapanya Jefri Bolkiah

Faiq, pemain bola sepak berusia 20 tahun yang kini memperkuatkan Leicester City, merupakan anak dari adik Sultan Brunei, Jefri Bolkiah. Sebagai keluarga Kesultanan Brunei Darussalam tak hairan kalau hidup mereka bergelumang harta. Kekayaan Sultan sendiri bahkan boleh melebihi kekayaan Raja Arab Saudi.

Faiq bersama Sepupunya Putera Abdul Mateen, anak kesepuluh Sultan Brunei, Sultan Hassan Bolkiah

Bapa Faiq, Jefri Bolkiah memiliki harta yang  banyak sekali, termasuk 2,300 buah kereta, 8 buah pesawat Boeing, dan lima buah kapal mewah. Lantas dengan harta sebanyak itu, Faiq dipetik dari FoxSports memiliki kekayaan mencapai US$ 20 Billion atau RM 80 Billion.

Dilihat dari Instagramnya, pemain bola terkaya di dunia ini memiliki haiwan peliharaan yang jarang ditemui. Faiq sering berkongsi momen bermain dengan harimau putih.

IKLAN

Padahal kalau di Malaysia, harimau putih termasuk dalam spesies haiwan yang dilindungi. Jadi kerana sangat kaya dan memiliki kuasa di Brunei, wajarlah kalau dia boleh memelihara haiwan buas ini.

Cuba bandingkan dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, kedua mega bintang itu hanya mampu pelihara anjing.

Pemuda yang lahir di Los Angeles pada tahun 1998 itu lebih memilih untuk mengembangkan bakat dalam hobinya bermain bola sepak. Untuk memenuhi hasratnya menjadi pemain bola sepak, Faiq menuntut pengajian bola sepak di  Engaland. Dipetik dari Panditfootball, Faiq bermula karier profesionalnya di Southampton tahun 2009.

Kemudian dia sempat bermain di Chelsea U-18 dengan kontrak dua tahun. Tapi kariernya di Chelsea tak terlalu cemerlang, dari 22 penampilan, dia hanya mampu menghasilkan dua gol.

Leicester tertarik untuk membeli pemain berasal dari Brunei itu ke King Power Stadium. Kontrak pun sepakat dengan durasi tiga tahun bermula sejak tahun 2016. Kini, anggota keluarga Kesultanan Brunei Darussalam sekaligus pemain bola terkaya di dunia itu telah memperkuatkan Leicester U-23.

Artikel SebelumnyaTak Pernah Menyesal! Maria Ozawa Berbicara Soal Agama
Artikel SeterusnyaPeminat Terkejut Zila Seeron Kembali Buka Tudung!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.