Sekitar beberapa tahun yang lalu, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron mencetuskan kontroversi apabila dia dikatakan telah ditahan khalwat bersama seorang pengurus syarikat dan telah dikenakan sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Syariah.

Kembali Buka Tudung 

Zila yang juga bekas isteri kepada pelawak Along Cham itu kemudiannya dilihat berhijab sebelum bertindak untuk membuka tudung sekitar Februari 2017.

IKLAN

Namun tidak lama kemudian, penyanyi ini kembali berhijab. Terbaharu, menerusi perkongsiannya di Instagram, Zila telah mengejutkan rata-rata netizen yang mengikuti perkembangannya di laman sosial itu. Berdasarkan gambar yang dimuat naik itu, Zila dilihat telah kembali membuka tudung sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi dari pengikutnya.

https://www.instagram.com/p/BvOgimHhkH5/

Cari Publisiti Murahan? 

Rata-rata pengikutnya seperti keliru dengan imej Zila yang sering kali bertukar malah turut menasihatinya agar kembali istiqamah seperti dahulu.

Malah tidak kurang juga ada segelintir yang mengecam tindakan penyanyi itu yang kononnya dilihat seperti mencari publisiti murahan.