• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

6 Fakta Menarik Mengenai Perdana Menteri New Zealand Ini Mengagumkan!

by Khai Azfar
March 26, 2019
Share on Facebook

Tragedi berdarah yang mengorbankan 50 orang dalam tragedi tembakan di dua buah majid Christchurch dua minggu lalu ternyata memberi impak kepada dunia. Disebalik kesedihan yang melanda, dunia turut tertumpu pada komitmen yang diberikan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang dilihat sebagai satu contoh pimpinan yang terbaik. Malah ramai yang beranggapan bahawa ‘1st person of NZ’ ini layak diberikan anugerah nobel keamanan.

6 Fakta Menarik Mengenai Jacinda Ardern 

Disebalik pimpinan Jacinda, suka untuk kami tampilkan 6 fakta menarik mengenai beliau yang ramai tidak tahu. Siapa sangka di sebalik pembawakannya sebagai Perdana Menteri, Jacinda ini sememangnya seorang figura yang cukup menarik. Ayuh lihat 6 fakta berikut!

Perdana Menteri Kedua Dunia Yang Bersalin Ketika Bertugas

Selain mendiang Benazir Bhutto, mantan Perdana Menteri Pakistan, rekod itu kini dipegang oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern. Pada tahun lalu, rakyat New Zealand begitu gembira dengan perkhabaran Jacinda, 38 tahun yang telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.31kg (7.3lb).

Meskipun baru sahaja melahirkan anak, wanita pertama New Zealand ini begitu komited dengan kerjayanya dan hanya mengambil cuti bersalin selama 6 minggu sahaja. Menurut Jacinda, dia bukanlah wanita pertama yang boleh melakukan pelbagai tugas ketika masih berpantang dan turut mengucapkan terima kasih buat kakitangan hospital yang membantunya bersalin.

Pemimpin Dunia Pertama Yang Bawa Masuk Bayi Dalam Dewan Perhimpunan PBB

J

Tidak lama kemudian, Jacinda sekali lagi menarik perhatian dunia apabila beliau melakar sejarah sebagai pemimpin pertama di dunia yang membawa bayi perempuannya masuk ke dewan Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Rata-rata pemimpin yang menyertai persidangan trsebut memuji serta mengalu-alukan kehadiran Jacinda dan anaknya, Neve ke dewan itu.

Perdana Menteri Termuda New Zealand

Perjalanan politik beliau di negara Kiwi itu bermula ketika menyertai Parti Buruh. Selain menjadi Perdana Menteri kedua yang bersalin ketika bertugas, Jacinda turut mencatat rekod sebagai Perdana Menteri negara itu yang termuda sejak 1856.

Bekas DJ Muzik

Percaya atau tidak, sebelum menjawat jawatan terpenting negara, Jacinda mulanya dikenali sebagai seorang DJ muzik dan beliau pernah membuat persembahan selama 45 minit pada festival muzik Auckland’s Laneway.

Kucing Jacinda Selebriti Sosial Media

Terdahulu, Jacinda pernah membela seekor kucing yang dikenali sebagai Paddles. Selepas mewujudkan akaun Twitter khas untuk Paddles, populariti kucing nombor satu New Zealand itu meningkat dengan mendadak sehingga dikenali sebagai selebriti media sosial. Namun begitu, khabar yang menyedihkan kerana Paddles terkorban dilanggar sebuah kereta pada November lalu.

Pernah Jadi Ahli Gereja

Walaupun dibesarkan sebagai ahli gereja (Mormon), Ardern telah meninggalkan gereja sekitar umurnya menginjak 20-an kerana menyatakan sokongannya terhadap golongan LGBT. Namun begitu ,dia memberitahu bahawa dia menghormati setiap ajaran agama yang dianuti oleh rakyat ataupun mereka yang memilih untuk tidak mempercayai mana-mana ajaran agama.

“I have a real respect for people who have religion as a foundation in their lives,” she said. “And I respect people who don’t.”

Jacinda Ardern
https://lomp.at/uf4nu
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore