Disebalik sibuk dengan kegiatan seninya, pelakon dan pengacara terkenal Zoey Rahman turut mengusahakan perniagaanya berasaskan produk lelaki.

Promosi Seluar Dalam Lelaki Di Instagram 

Menerusi jenamanya sendiri, Mika Series, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar bin Abd Rahman nekad mempelbagaikan produk jenamanya menerusi produk kosmetik sehinggalah ke pakaian lelaki. Terbaharu, menerusi laman Instagram nya, Zoey dilihat telah memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan fizikal seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam pendek lelaki (boxer) jenama miliknya.

IKLAN

Gambar tersebut ternyata menarik perhatian pengguna media sosial kerana beranggapan fizikal lelaki tersebut merupakan figura yang terkenal menerusi rancangan Gerak-Geri Gasing suatu ketika dahulu.

Dilabel Sebagai Gay 

Biarpun ianya bukanlah tubuh badan Zoey, segelintir pengguna telah mengecam pelakon itu serta menganggap dia seolah-olah seperti kaum sejenis (gay). Sebelum ini, pelakon tersebut turut mengalami nasib yang sama setelah melancarkan produk seluar dalam lelaki jenamanya, Mika Wear Boxer yang dikhabarkan mendapat sambutan yang cukup hangat. Namun, Zoey tidak mudah latah dan masih berfikiran positif dengan terus giat mempromosikan jenamanya. Tahniah Zoey!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN

Komen Anda