Alhamdulillah… murai.my ucapkan kepada pelakon Che Puan Juliana Evans dan suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj kerana bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Juliana mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan memuatnaik foto beliau memegang ‘baby bump’ yang sudah semakin jelas kelihatan.


Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin pada April 2017 itu memberitahu, dia bakal bergelar ibu dalam tempoh tiga bulan lagi dan kini usia kandungan sudah memasuki usia 5 bulan.

IKLAN

“Hello ‘bump’ 👋 #5months. Check out my Insta story for further details 🤰 @femalemag. So happy to announce that I am actually 3 months away from motherhood! ❤️

“Hubby and I are so excited to be parents and been eager to share this good news with all of you! Thanks for all the wishes 😘 #alhamdulillah,” tulis Juliana.

Rata-rata rakan artis dan peminat Juliana begitu teruja dengan berita tersebut dan mendoakan agar kandungan Juliana dalam keadaan sihat serta ada juga yang memuji betapa cantik dan berserinya Juliana.

murai.my tak sabar nak tunggu baby Juliana, mesti comel macam mama dan papa dia kan. Apapun murai.my mendoakan agar Juliana selamat melahirkan anak yang pertama ini dan jaga kandungan ini sebaik yang mungkin, in shaa Allah.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN