Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Marsha Milan & Suami Redha, Idam Cahaya Mata Dengan Segera

by Ayden Mikhael
March 30, 2019
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Empat tahun berkahwin, penyanyi Marsha Milan mengaku sudah melakukan beberapa rawatan untuk mendapatkan zuriat. Kata Masha, beliau tidak tertekan langsung namun akan terus berusaha untuk bergelar ibu suatu hari nanti.

“Jadi, sebagai isteri, tentunya saya menyimpan impian untuk memiliki cahaya mata sendiri.

“Saya ada menjalani beberapa rawatan seperti mengurut dan sebagainya. Namun, belum ada rezeki buat saya dan suami,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah pelantun lagu Bimbang ini, dia dan suami akan cuba mengusahakan sesuatu pada penghujung tahun ini.

 “Insya-Allah, hujung tahun ini saya akan usahakan sesuatu dan berharap semua dapat mendoakan usaha ini berhasil,” katanya lagi.

Katanya, suaminya juga sentiasa mengingatkannya bahawa rezeki setiap hamba Allah itu sudah ditetapkan.

“Saya dan suami ada berbincang dan katanya, kalau belum ada rezeki buat kami, tak mengapa. Kalau ada, Alhamdulillah.

“Kadang-kadang, mungkin ada sebab kenapa Allah tak bagi (anak) sekarang. Jadi, saya akan usaha dan berdoa,” akhiri Marsha.

Marsha dan Shaiful Nizam disatukan sebagai suami isteri pada Disember 2015 di dalam sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang. murai.my mendoakan segala urusan dipermudahkan dan dikurniakan cahaya mata dengan segera, in shaa Allah, aamiin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Netizen Terkejut Marsha 'Speaking English'-"Sedap Dengar Accent Dia Tu"
Marsha Milan
https://lomp.at/jqnv6
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem