Video Muzik Rasmi “JAWAB” Menjadi Taruhan Pertama Kucaimars

7

Mula meraih populariti apabila video lagu-lagu saduran dendangannya yang dikongsi menerusi laman media sosial mendapat sambutan hangat netizen, kini Amirul Husyairi bin Nani atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Kucaimars muncul dengan single debut berjudul “JAWAB”.

Lagu ini merupakan single pertama penyanyi ini semenjak dilamar bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia. “JAWAB” merupakan karya ciptaan ahli kumpulan Akim & The Majistret iaitu Akim Ahmad dan Zarimi Zahari yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq. Single ini merupakan terbitan dan edaran Warner Music Malaysia.

IKLAN

Video muzik rasmi “JAWAB” arahan pemuda yang bernama Elfie Nazari ini membawa konsep jejaka yang dicurangi oleh teman wanitanya. Video muzik “JAWAB” dibintangi oleh Kucaimars sendiri dan menampilkan Sharifah Rose, model yang mengukir nama melalui laman media sosial.

“JAWAB” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 JANUARI 2019 manakala video muzik rasmi “JAWAB” boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 29 MAC 2019 yang lepas.