Semasa pelancaran Mi 9 menerusi live streaming baru-baru ini, Xiaomi Malaysia secara langsung turut mengumumkan produk terbaru Xiaomi iaitu 20W Mi High Speed Wireless Charger Set.

Foto: Twitter Xiaomi

Apa yang menariknya tentang wireless charger ini adalah, produk ini mempunyai barang tambahan di dalam set charger tersebut.

20W Mi High Speed Wireless Charger Set ini memiliki feature yang tidak hanya berfungsi sebagai pengecas sahaja tetapi ia juga merupakan adapter dengan keupayaan QC4+27W, di mana ia akan memaksimumkan sokongan untuk telefon Mi 9.

IKLAN
Foto: Xiaomi Today

Untuk melihat perbezaannya, telefon Xiaomi Mi 9 telah di gandingkan dengan adapter yang biasa dengan jana kuasa sebanyak 18W dengan 20W Mi High Speed Wireless Charger Set di bawah.

Foto: Lowyat.net

Foto: Lowyat.net

Charger ini bukan sahaja serasi di gunakan untuk telefon Xiaomi Mi 9, tetapi ia juga sesuai di gunakan untuk telefon selain daripada Xiaomi juga, asalkan telefon-telefon tersebut menyokong standard sama.

20W Mi High Speed Wireless Charger Set ini akan mula dijual di pasaran Malaysia pada 13 April ini dengan harga RM129! Charger ini boleh di dapati di outlet-outlet pilihan Xiaomi dan stor online seperti Lazada.