Pada awal minggu lalu, berlaku perselisihan faham diantara Datuk Hans Isaac dan Nur Fazura berkaitan dengan Fattah Amin yang bergandingan bersama isterinya sebagai penyampai anugerah di FFM30. Dalam isu tersebut terdapat dakwaan mengatakan Hans telah menghantar kiriman mesej dengan menuduh Fazura seolah-olah tidak menghormati artis lain kerana membuat keputusan sendiri dengan melibatkan suaminya sebagai penyampai bersama.

Hans Enggan Keruhkan Keadaan

Terbaru, lanjutan daripada isu tersebut Hans menerusi akaun Instagram nya telah memuat naik sebuah kenyataan dimana dia enggan lagi memberikan sebarang komen berkaitan isu itu. Tegas pengarah tersohor itu, dia tidak pernah membongkarkan mana-mana perbualannya itu kepada mana-mana pihak kerana ianya merupakan erbualan peribadi antara dua rakan.

https://www.instagram.com/p/Bvy4vvmg4SP/

IKLAN

Jelasnya lagi, dia mengharapkan penjelasannya itu dapat menjernihkan semula keadaan dan tidak lagi memperbesarkan isu tersebut.

” Perbualan Whatsapp itu cumalah perbualan peribadi antara dua rakan. Saya langsung tidak membongkarkan perbualan itu kepada mana-mana pihak”

Fazura Tuntut Permohonan Maaf 

Dalam perkembangan lain, menerusi laporan sebuah portal akhbar tempatan memberitahu Fazura menuntut Hans uutk memohon maaf kerana ianya sudah mencalarkan nama baik dia dan suami. Malah Fazura menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Universal Music Malaysia mendakwa pihak Astro perlu menjernihkan keadaan berkenaan kejutan membawa Fattah selaku penyampai bersama bagi Anugerah Khas Juri FFM30.