Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Jarang Berlaku! Yuna Ligat Menari Dalam Video Muzik Terbaru ‘Forevermore’

by Phic ARMAN
April 5, 2019
Share on Facebook

Setelah sekian lama menanti, penyanyi terkenal Malaysia dan antarabangsa, Yuna Zarai akhirnya merilis video muzik terbarunya yang berjudul Forevermore. Dalam video muzik dari lagu yang ditulis oleh dirinya sendiri ini, Yuna berkerjasama dengan suaminya, Adam Sinclair yang terlibat sebagai sutradara video muziknya.

Belum sampai sehari di YouTube, Forevermore sudah mendapatkan reaksi yang cukup luar biasa di YouTube; 34 ribu views dan ribuan likes.

Dalam video muzik Forevermore ini Yuna terlihat beberapa kali menunjukkan bakat dalam tarian rancak dengan suntikan elemen tradisional, sesuatu yang agak jarang dilakukan oleh penyanyi yang menempa nama di Los Angeles ini.

Difahamkan video muzik ini menjalani penggambaran di beberapa buah lokasi tarikan utama di Malaysia. Selain mempamerkan keunikan Malaysia sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum di Malaysia, turut dipaparkan pemandangan menarik dalam negara seperti di sebuah stesen minyak lama di Kangar, Perlis.

https://www.instagram.com/p/Bv3CWmDnqJD/

Selain stesen minyak yang dipaparkan, penggunaan kereta legenda Malaysia, Proton Saga juga menjadi sesuatu yang menarik dalam video muzik ini.

Bagi peminat Yuna, jom lihatlah sendiri video muzik yang luar biasa dari penyanyi kesayangan anda ini. Bukan selalu dapat tengok Yuna menari taw! Semoga terhibur!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
forevermoreyuna zarai
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KLIMS 2026
Musik

Minggu Akhir KLIMS 2026 Bakal Dimeriahkan Dengan Ella, Lah Ahmad & Anuar Zain!

by Nurul A.
June 16, 2026

Memasuki minggu terakhir, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 akan dipenuhi dengan persembahan muzik secara langsung hingga komuniti kreatif...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara