Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Perkahwinan Kedua Radhi OAG Diambang Kehancuran?

by Ayden Mikhael
April 6, 2019
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Mengakui rumah tangga yang dibina lima tahun lalu kini sedang berdepan dengan masalah, isteri kepada vokalis OAG, Radhi iaitu Shahira Ayu Zahiri berkata, dia dan suaminya kini tinggal secara beransingan sejak 25 Mac lalu.

“Ya memang kami sudah tidak tinggal bersama sejak 25 Mac lalu atas keputusan masing-masing kerana ada berlaku salah faham. Tapi saya dah fikir masak-masak dan buat keputusan untuk tidak lagi bersamanya. Apa sebab dan punca tu, saya tak boleh nak kongsi.

“Ia terlalu peribadi dan saya harap semua pihak memahami dan mendoakan saja yang baik-baik. Mungkin Jodoh kami sampai di sini sahaja,” kata Ayu.

Radhi mula memberi bayangan mengenai masalah rumah tangganya menerusi laman Instagram pada minggu lalu dan membuatkan ramai pihak tertanya-tanya tentang perkara itu.

Malah, menerusi laporan portal hiburan pada Rabu, Radhi turut mengakui dia dan mengakui dia dan isterinya membawa haluan masing-masing dan mencari ruang untuk tenangkan diri buat seketika.

Sementara itu, Ayu berkata, dia sudah membuat keputusannya untuk tidak meneruskan lagi perkahwinan yang dibina selama lima tahun atas sebab tertentu. Dalam pada itu, Ayu memberitahu dia dan dua orang anak mereka iaitu Nur Aisyah dan Muhammad kini tinggal di rumah ibunya yang terletak di Kota Damansara.

Kata Ayu, buat masa sekarang dia akan membawa dua orang anaknya bertemu Radhi atau suaminya itu akan datang ke rumah ibunya.

“Buat masa sekarang, saya dan anak-anak tinggal di rumah ibu. Waktu saya kerja, ibu yang akan jaga mereka berdua. Radhi pun kalau nak jumpa mereka, dia akan datang rumah ibu saya. Tapi ada masa, saya bawa juga anak-anak bertemu bapa mereka di rumah kami,” ujarnya.

Untuk makluman pembaca murai.my, Radhi dan Ayu berkahwin pada 14 April 2014 dan mereka telah pun dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aishah, 4, dan Muhammad, 3.

Sebelum ini, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 14 tahun.

murai.my mendoakan agar Radhi serta isteri dapat selesaikan masalah yang mereka hadapi sekarang. murai.my berharap agar perkahwinan mereka dapat diselamatkan, in shaa Allah, aamiin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
radhi oag
https://lomp.at/4yhim
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem