Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

[10 GAMBAR] Nelydia Senrose Selamat Menjadi Isteri Hafez Halimi

by Ayden Mikhael
April 7, 2019
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Alhamdulillah… murai.my ucapkan kepada pelakon Nelydia Senrose yang kini sudah sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hami dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid, dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka.

Sebelum acara akad nikah, majlis yang yang dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pihak menyaksikan Nelydia dan Hafez ditunangkan sebagai memenuhi syarat.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Dalam pada itu, Nelydia yang anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail itu meluahkan rasa syukur apabila segala perancangan sejak awal tahun berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Ujarnya lagi, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, namun ada sahaja halangan.

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Allah memakbulkan doa saya ketika di Tanah Suci Makkah, termasuk dalam soal jodoh. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah.

“Asalnya, kami merancang untuk berkahwin pada tahun lalu. Begitupun, ada sahaja kekangan yang menghalang hasrat itu. Namun, di sebalik ujian dan halangan, saya serta suami melaluinya dengan baik.

“Sekembali daripada mengerjakan umrah, 5 Januari lalu, saya dan Hafez memutuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan kami terus memulakan persiapan,” kata Nelydia.

Berkongsikan detik perkenalannya dengan suami, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, memberitahu mereka pertama kali bertemu pada 6 April 2017 dan setahun kemudian Hafez melamarnya di Amsterdam, Belanda.

Difahamkan, pasangan ini bakal diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan berlangsung di lokasi sama esok, manakala sebuah lagi majlis keraian akan diadakan di Kelantan pada Aidilfitri nanti.

murai.my mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan semoga berbahagia ke jannah dan cepat-cepat timang anak yang comel ya, in shaa Allah, aamiin.

Mohd Hafez Haliminelydia senrose
https://lomp.at/awtmw
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem