Monday, May 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Dua Pawagam Ini ‘Berebut’ Gelaran Tayangan Paling Awal Avengers: EndGame

by Khai Azfar
April 10, 2019
Share on Facebook

Peminat tanah air sudah mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang terawal akan menayangkan filem terbaharu Marvel, Avengers : EndGame pada 24 April sebelum disusuli dengan negara lain pada 25 April ini.

Barangan Eksklusif Avengers 

Memandangkan perjuangan para Avengers dikatakan sebagai yang terakhir menerusi filem ini, rata-rata peminat begitu teruja untuk membeli tiket filem ini di pawagam-pawagam berhampiran mereka. Malah menerusi artikel terdahulu kami, baru sahaja pengumuman tiket Avengers : EndGame namun rata-rata pawagam terkemuka sudah ‘sold out’ pada jualan terawal mereka.

Memeriahkan lagi tayangan akan datang, pawagam-pawagam terkemuka tanah air seperti Golden Screen Cinemas (GSC), Tanjong Golden Village (TGV) dan MCAT Box Office (MBO) telah mengeluarkan beberapa edisi khas barangan eksklusif Avengers beserta promosi khas termasuklah mengeluarkan tiket khas buat peminat yang ingin menjadi antara yang terawal menonton filem adiwira ini.

Tayangan Seawal 7.00 Pagi Dan 7.30 Pagi 

Inisiatif tersebut telah dibuat oleh pihak TGV dan GSC yang mengumumkan khabar gembira tersebut baru-baru ini. Terdahulu pihak TGV telah mengumumkan berita tersebut dimana tayangan filem itu akan dimulakan seawal jam 7.30 pagi dimana pembeli akan turut mendapat satu set makanan dan minuman beserta poster Avengers.

Tidak lama kemudian, GSC ‘memulakan serangan balas’ mereka dengan mengadakan tayangan pada 7.00 pagi juga bersama-sama dengan set makanan dan minuman.

Berbeza dengan TGV yang akan menayangkan tayangan seawal pagi di pawagam IMAX yang terpilih, GSC mengumumkan hanya beberapa panggung mereka akan menayangkan tayangan awal namun setiap pembelian akan mendapat sebuah ‘keychain’ edisi khas Avengers!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Avengers : End Gamegsc moviesMBO CinemasTGV Cinemas
Share2Tweet1SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Filem

Berdepan Masalah Kewangan, Rangkaian Pawagam MBO Gulung Tikar?

by Phic ARMAN
October 15, 2020
Filem

Kini TGV Cinemas Tawar Harga Tiket Wayang Hanya RM9 Sahaja

by Phic ARMAN
September 29, 2020
Filem

TGV Cinemas Tawar Tiket Wayang Percuma Buat ‘Frontliners’

by Khai Azfar
July 7, 2020
Filem

TGV Cinemas Rancang Buka Semula Pada Julai 2020

by Khai Azfar
May 29, 2020

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan