Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Disoal Tentang Wanita Tak Bertudung, Ini Pandangan Fathia Latiff

by Zaidin Albert
April 11, 2019
Share on Facebook

Sebelum ini aktres Fathia Latiff pernah menimbulkan kekecohan susulan gambar tidak bertudung yang dimuat naiknya di laman Instagram. Walaubagaimanapun, Fathia sudah menjelaskan, foto itu hanyalah gambar lama, ‘throwback’. Tak terhenti di situ, kontroversi  Fathia buka tudung kembali selepas sebuah akaun gosip di Instagram mendedahkan gambar dan video seorang mirip pelakon itu tidak berhijab.

Susulan dari kontroversi tersebut, pasti ramai peminatnya ingin tahu samaada Fathia akan terus bertudung ataupun tidak. Menerusi satu temubualnya bersama wartawan Utusan Online, Fathia memberitahu dia akan terus bertudung kerana ia merupakan cerminan untuk wanita Islam.

“Saya tidak mahu menghakimi mereka yang memilih untuk tidak mengenakan tudung. Bagi saya apa yang dilalui setiap dari kita berbeza, jadi tidak adil untuk kita melontarkan pendapat. Cuma untuk saya sendiri kalau boleh memang saya mahu terus tampil dengan imej bertudung sampai bila-bila memandangkan ini adalah cerminan untuk wanita Islam di luar sana.” – katanya kepada Utusan Online

Fathia akui bukan mudah untuk menjadi dirinya yang dikenali oleh peminatnya sebagai seorang yang tidak mengenakan tudung dalam industri ini. Walaubagaimanapun dia memohon doa dan kekuatan dari orang ramai di luar sana agar  dia kekal dalam pilihan untuk bertudung. Difahamkan Fathia kini sibuk mempromosikan tudung terbaharunya yang dikenali dengan jenama Nona Manis yang dijual menerusi laman sosial miliknya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/7nagh
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem