Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

7 Pasangan Bollywood Ini Buktikan Bahawa Cinta Tak Kenal Agama

by Zaidin Albert
April 11, 2019
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Memilih pasangan hidup dengan pasangan berbeza agama tentu bukan hal yang mudah dilakukan. Namun demi cinta, semua perbezaan boleh dibuang dan hidup bahagia dalam pernikahan.

Ketujuh-tujuh pasangan artis Bollywood ini contohnya tidak menjadikan perbezaan agama dan budaya untuk membina mahligai rumah tangga yang indah.

Bahkan, ada diantara mereka yang sudah berenikah selama puluhan tahun dengan pasangan yang berbeza agama, tapi tidak membuat cinta mereka luntur.

Dipetik  dari laman Bollywood Shaadis, berikut ini adalah 7 artis India yang bernenikah dengan pasangan beza agama.

Hrithik Roshan & Sussane

Hrithik Roshan yang beragama Hindu menikahi Sussane yang menganut agama Islam pada tahun 2000. Walaubagaimanapun mereka bercerai 14 tahun kemudian pada tahun 2014.

Meskipun telah berpisah, kedua-duanya tetap  membesarkan kedua anak lelaki mereka dengan baik.

Sunil Shetty & Mana Qadri

Musuh Shahrukh Khan di filem Main Hoon Na ini menganut agama Hindu. Namun dia bernikah dengan Mana yang merupakan seorang muslim. Pasangan ini ditemukan saat Mana berusia 17 tahun. Setelah menjalani hubungan selama 9 tahun, pasangan ini bernikah pada tahun 1991.

Sanjay Dutt & Dinawaz Sheikh

Bagi anda peminat filem India dulu-dulu, tentu tak asing dengan aktor yang dulu sering bermain filem aksi ini. Dilnawaz dan Sanjay bertemu tahun 2006. Tidak hanya perbezaan agama, perbezaan usia hingga 19 tahun tidak menghalangi keinginan mereka untuk menyatukan cinta dengan bernikah.

Saif Ali Khan & Kareena Kapoor

Kareena Kapoor yang beragama Hindu bernikah dengan Saif Ali Khan yang seorang muslim. Meski banyak yang mengira Kareena akan pindah agama, namun ia tetap memegang teguh keyakinannya.

Pasangan beda agama ini dikaruniai bayi lelaki yang diberi nama Taimur.

Shahrukh Khan & Gauri Chibber

Shahrukh Khan yang merupakan seorang muslim harus berjuang keras meyakinkan keluarga Gauri yang beragama Hindu Brahmin agar boleh memberikan restu. Pasangan ini bernikah pada tahun 1991 dan pernikahannya masih kekal sampai sekarang.

Aamir Khan & Kiran Rao

Aamir Khan yang beragama Islam jatuh cinta kepada Kiran Rao, seorang Hindu Brahmin dari daerah Bangalore. Mereka bernikah pada tahun 2005 dan menyambut kehadiran anak mereka, Azad 6 tahun kemudian melalui rahim ibu pengganti.

Preity Zinta dan Gene Goodenough

Preity Zinta baru  bernikah dengan pasangan beza agama Gene Goodenogh. Wanita cantik berjaya menagih air mata penonton menerusi lakonannya di filem Dil Hai Tumhara ini bernikah dengan seorang lelaki warganegara Amerika. Tidak hanya beza agama, pasangan ini juga memiliki perbezaan budaya dan Bahasa.

Namun semua itu tak menghalang cinta mereka untuk menyatu dalam ikatan pernikahan.

Ketujuh-tujuh pasangan beza agama dari para artis Bollywood tersebut telah membuktikan bahawa cinta tidak mengenal perbezaan agama, kaum, dan usia. Mereka boleh hidup dengan kepercayaan agama masing selama bertahun-tahun dan membina keluarga yang harmoni.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share9Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Kareena Kapoor
Spotlight

Loket Ayat Kursi Ketika Deepavali? Kareena Kapoor Terima Notis Guaman

by Nurul A.
November 16, 2026

Aktres Bollywood, Kareena Kapoor kini berdepan dengan tindakan undang-undang selepas menggayakan lokel diraja Bhopal yang mengandungi potongan ayat Kursi. Aktres...

Read moreDetails
Imran Khan
Spotlight

Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik

by Nurul A.
October 20, 2026

Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  4. 4

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara