Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen.
Dakwaan itu timbul selepas aktor itu menyertai demonstrasi menuntut perletakan jawatan Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya India, Gyanesh Kumar.
Imran Khan ‘Diusir’ Dari India
Berdasarkan laporan media antarabangsa, Imran yang memegang kewarganegaraan Amerika Syarikat, telah diberi tarikh akhir iaitu 28 Oktober 2026 untuk meninggalkan India.
Di bawah undang-undang India, penglibatan warga asing dalam protes politik boleh dianggap sebagai pelanggaran peruntukan imigresen dan visa.
Untuk rekod, Imran ialah anak saudara kepada pelakon Aamir Khan. Kerjayanya melonjak selepas membintangi beberapa filem popular antara tahun 2008 dan 2015. Namun selepas beberapa tahun, dia memutuskan untuk bersara.











