Sejak beberapa hari yang lalu, pelakon Zara Zya telah berkongsi perasaan sedihnya bersama pengikut di Instagram apabila dia dikecam hebat oleh sesetengah pihak di media sosial.
Netizen Anggap Zara Zya ‘Sudah Tidak Laku’
Buat peminat setianya sudah sedia maklum bahawa Zara sememangnya sudah lama terlibat dalam bidang perniagaan. Namun hanya kerana minatnya itu, ada pihak yang telah menyalah anggap niatnya dan turut meninggalkan beberapa komen negatif yang memberi kesan kepada emosi pelakon ini.
https://www.instagram.com/p/BwRxh-unpJW/
Menangis Kerana Sedih
Lebih menyedihkan, Zara menangis kerana tertekan dengan kecaman-kecaman tersebut yang dianggapnya sebagai melampau sehingga turut membabitkan karier dan keluarganya. Dalam perkongsian itu kelihatan sebuah video yang dimuatnaik Zara atas perkongsian sahabatnya sebelum ini.
https://www.instagram.com/p/BwUIM9MHLX6/
Jelas Zara niatnya hanyalah untuk mencari rezeki sampingan kerana dia percaya suatu hari nanti dia akan meninggalkan dunia lakonan itu.
https://www.instagram.com/p/BwWnhGFHhW6/
Enggan berputus asa dan mengalah, bagi Zara kecaman tersebut hanyalah sementara dan dia akan terus berniaga selepas mendapat sokongan daripada rata-rata peminatnya. Semoga lebih tabah dan terus sukses didoakan buat Zara Zya!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.