Terdahulu, Elyana pernah berteka-teki dengan peminatnya bahawa dia akan bawakan sesuatu ‘yang besar’ sepanjang kariernya bergelar seorang penyanyi.

Elyana Anjurkan Konsert “‘Jadi diriku 19’ Live In Concert”

Semalam,bertempat di RedBox The Garden, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal mendedahkan satu berita gembira buat semua khususnya para peminat apabila dia bakal mengadakan konsert solonya ” ‘Jadi diriku 19’ Live In Concert”.

https://www.instagram.com/p/BwZE0bBAsid/

IKLAN

Dalam konsert yang akan diadakan di Bentley Music Auditorium, Damansara pada 6 Julai hadapan, menurut penganjur iaitu MRS Production, pihak mereka berbesar hati untuk menjayakan konsert ini malah tidak tolak kemungkinan akan menukar lokasi acara sekiranya konsert ini benar-benar mendapat sambutan daripada peminat.

Kumpul Dana Untuk Pesakit Kanser 

Jelas Elyana meskipun konsert ini adalah impiannya sejak dahulu lagi, namun disebaliknya ianya adalah satu usaha untuk mengumpul dana untuk diagihkan kepada pesakit kanser yang memerlukan bantuan. Konsert Elyana kelak akan turut bekerjasama dengan beberapa syarikat dan pertubuhan lain seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Shopee dan Red Box Karaoke Group.

Impian Sejak Dahulu

Dalam perkembangan lain, biarpun sedang menjalani rawatan kanser Limfoma Tahap 4 yang dihadapinya, Elyana nekad untuk teruskan konsertnya ini kerana menganggap ianya seperti satu hadiah dan impiannya sejak berkecimpung dalam dunia seni 19 tahun yang lalu. Malah Elyana ketika ditanya murai.my mengenai persiapannya dalam konsert ini, dia akui akan membuat latihan fizikal sekurang-kurangnya sebulan lebih awal kerana menganggap stamina badannya tidaklah seperti dahulu dan mudah dijangkiti penyakit lain.

” konsert ini merupakan kebahagiaan saya. Kenapa saya taknak buat? Malah keluarga saya akan seronok jika lihat saya seronok. Mereka dah lihat saya asyik terkurung di rumah sahaja. Bila mereka dapat tahu impian saya nak buat konsert, mereka gembira. Takkan saya hanya nak ulang-alik hospital, duduk rumah… itu bukan hidup saya.

“Inilah tanda saya bekerja dengan penat lelah. Mereka yang merindui saya boleh tonton semula konsert ini sekiranya ianya dirakam kelak. Segala benda yang kita buat… kenalah abadikan ia sebagai memori. Begitu juga usaha saya selama 19 tahun bekerja keras,”

Petugas Perubatan Bersiap Sedia 

Tambahnya lagi, pada hari konsert tersebut para petugas perubatan akan turut berada disana dan bersiap sedia sekiranya terdapat sesuatu yang diluar perancangan berlaku pada dirinya. Demi menjayakannya juga, Elyana akan berhenti membuat rawatan kimoterapi buat seketika dan akan menyambung rawatan tersebut selepas konsert tersebut. Tiket konsert “Jadi diriku 19 ‘Live In Concert” akan dijual di platform Shopee bermula 24 April ini denagan harga RM139 (bagi 100 belian terawal), RM159 dan RM199 (ramah mesra).

IKLAN

Komen Anda