Kita sering melihat pertunjukkan yang unik di udara melalui percikan bunga api yang berwarna warni bukan? Tetapi di wilayah Xining yang terletak di barat laut Qinghai, China. Mereka telah membuat satu kejutan baharu dengan menggunakan drone bagi memperlihatkan pertunjukkan yang unik dan berwarna warni di udara.

Foto: New Xinhua TV

Sebanyak 400 drone telah digunakan bagi menjayakan persembahan cahaya di udara ini. 400 drone ini terbang ke udara dengan pelbagai bentuk formasi yang berbeza dan di antara bentuk-bentuk atau formasi yang di tunjukkan adalah.

Haiwan Tibet iaitu kijang, pergerakan yang dilakukan oleh drone tersebut sungguh memukau pandangan. Apatah lagi pergerakan haiwan kijang yang berjalan dalam slow motion di udara tersebut membuatkan sesiapa yang melihat terpegun!

Foto: New Xinhua TV (Bentuk haiwan Tibet Kijang)

Bukan itu saja, drone-drone tersebut juga melakar bentuk perkataan ‘Qinghai’ yang merupakan nama bagi kawasan tersebut. Banyak lagi bentuk-bentuk formasi yang dilakukan dengan menggunakan drone tersebut.

Foto: New Xinhua TV (Bentuk perkataan Qinghai)

400 drone ini telah di programkan menggunakan komputer yang dikuasai dengan sistem operasi pintar bagi menghasilkan persembahan yang memukau pandangan mata ini.

Persembahan yang dilakukan ini juga bertujuan untuk menyambut festival kebudayaan dan pelancongan di sana. Menarik bukan?

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry