Semua peminat pasti sudah mengetahui bahawa Adele dan suaminya, Simon Konecki, baru saja mengumumkan perceraian pada akhir minggu lalu. Berita itu sudah disahkan oleh jurucakap bagi pihak Adele iaitu Benny Tarantini dan Carl Fysh.

Dalam keterangan yang dikongsikan kan, Adele dan Simon akan tetap memberi komitmen untuk menguruskan anak mereka bersama, Angelo, walaupun pasangan sudah berpisah. Selain itu,  pasangan yang baru saja melayari bahtera perkahwinan hampir 23 tahun  ini juga memohon privasi terkait masalah perceraian mereka.

IKLAN

“Mereka (Adele dan Simon) berkomitmen membesarkan anak lelaki mereka dengan penuh kasi sayang. Seperti sebelumnya, kali ini mereka juga meminta privasi. Tidak akan ada komenlebih lanjut,” demikian disampaikan jurucakap Adele melalui pejabat berita Associated Press.

Berakhirnya perkahwinan mereka ini tentunya membuatkan  ramai peminat terkejut. Lagi-lagi selama ini Adele dan Simon dikenali sebagai salah satu pasangan yang cukup jarang ditimpa gosip liar.Difahamkan pasangan ini menjalin hubungan selama hampir 8 tahun sejak bertemu pada tahun 2011.

Kini, akhirnya persoalan dari para peminat mulai terjawab. Dipetik dari Elite Daily,  seorang sumber dekat Adele mendedahkan alasan di sebalik perceraian pelantun “Someone Like You” tersebut dengan Simon.

Sumber tersebut memberitahu alasan Adele dan Simon Konecki berpisah adalah kerana di antara keduanya sudah tidak ada keserasian. TBukan itu sahaja, kesibukan Adele sebagai artis ternama di dunia hiburan pun juga menjadi salah satu faktor utama kenapa pasangan ini memutuskan untuk berpisah.

“Mereka mengalami banyak hal seja kebelakangan ini, tapi malangnyanya mereka sudah tidak memiliki keserasian lagi,” kata sumber tersebut.

“Adele terus melonjak menjadi bintang yang besar dan dia (Simon Konecki) merasa selesa berada di balik layar. Tetapi, semakin dia berkembang menjadi bintang besar dan jadual tournya yang padat, mereka sudah tidak boleh bersama lagi.”

Adele sendiri tidak pernah mendedahkan soal kehidupan peribadinya. Pelantun “Hello” ini baru menikahi Simon Konecki ketika memenangi Album of the Year dalam Grammy Awards pada awal tahun 2017. Selama menjalin hubungan, Adele dan Simon telah dikurniakan seorang anak lelaki, Angelo, yang lahir pada tahun 2012 yang lalu.

SUMBEREliyeDaily
Artikel SebelumnyaLiaoning Kapal NAVY Pembawa Jet Pejuang Yang Pertama Di China
Artikel SeterusnyaSharnaaz Ahmad Tak Setuju Bawa Masuk BTS Ke Malaysia
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.