Susulan dari hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam usaha membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS ke Malaysia, pelakon Sharnaaz Ahmad telah tampil dan meluahkan rasa tidak bersetuju.

IKLAN

Menurutnya, sekiranya dia diberi peluang untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan, dia akan membawa kumpulan rock terkenal di dunia seperti Metallica, Blink 182, Avenged Sevenfold dan sebagainya bukannya membawa kumpulan Kpop.

“Kalau aku jadi menteri belia, pertama sekali aku bawa masuk Metallica, Blink 182, Avenged SF, Disturbed, Ni apa? Kpop? Mak Hang?”- tulisnya di Instagram Stories.

Walaubagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia, kita terpaksa akur dan menerima hakikat bahawa populariti kumpulan Kpop seperti BTS saat ini semakin melonjak naik di seluruh di Malaysia mahupun di dunia.

View this post on Instagram

PSM Open Day is one of Perbadanan Stadium Malaysia (PSM)’s core initiatives to bring more contents to the stadium. It would be such a waste if these assets, worth billions of ringgit, were not put to its fullest potential. Therefore today, over 140 individuals, who are captains of the entertainment industry from all over the world, came over to Stadium Nasional today to witness the ‘new PSM’ and the venue. Under the leadership of Tan Sri Tony Fernandes and its professional board of directors, PSM is now on a path to profitability for the first time. This was done via renegotiation of legacy contracts that were deemed exclusive, reducing the dependency of 3rd parties in facilities management and diversifying PSM’s revenue sources. For instance, the move by PSM to do in-house solution for certain maintenance contracts brought a total savings of RM5 million a year. Kudos to PSM! I hope that the Open Day would be a catalyst in convincing industry stakeholders that Kuala Lumpur is the destination of choice in ASEAN for world-class events. If we execute this well enough – it would bring tremendous benefits to the tourism sector too. Therefore, KBS as the owner of the largest event venue in Malaysia will continuously support PSM’s efforts to make KL Sports City a destination of choice. Let’s start making KL Alive again!

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

IKLAN

Dipetik dari Sinar Harian, Saddiq berkata, pihaknya cuba untuk mengusahakan membawa BTS datang pada tahun 2020, sempena Tahun Melawat Malaysia kerana dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara. Menurutnya, usaha itu turut dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.