Populariti selebriti Janna Nick sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Malah ada sahaja pencapaian yang diterimanya termasuklah menjadi duta kepada beberapa jenama terkenal dalam dan luar negara.

Dilantik Jadi Duta Toyota Yaris 2019 

Jika terdahulu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner, 24 telah menjadi duta kepada sebuah jenama telefon bimbit terkenal, Vivo kali ini Janna sekali lagi menerima habuan yang sama apabila dia kini dilantik menjadi duta kepada model kereta terbaharu keluaran Toyota iaitu Yaris 2019.

IKLAN

Toyota Yaris Edisi Janna Nick 

Melengkapkan pelancaran model itu, menurut sumber Toyota turut menghadiahkan Janna kereta jenama itu yang dibuat khas dengan varian tertingginya.

Kelihatan Yaris ‘Janna Nick Edition’ itu diwarnakan dengan warna badan utama Citrus Mica Metallic selain dibalut dengan pelekat pelbagai warna seperti perang, merah, hitam dan kelabu. Untung betul Janna bukan? Tahniah diucapkan buat Janna diatas lantikan sebagai duta Toyota Yaris 2019!