Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Nadia Brian Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

by Ayden Mikhael
May 5, 2019
43
KONGSIAN
Share on Facebook

Tahniah dari murai.my ucapkan kepada Nadia Brian yang telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan, Muizz Nasruddin semalam di dalam sebuah majlis tertutup dan Nadia turut mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga pada 19 September depan.

Ibu kepada Muizz, Nona Suin telah menyarungkan cincin di jari manis Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi sambil disaksikan ibunya, Husmarita Hussain.

Dalam majlis tersebut, Nadia yang kelihatan anggun mengenakan persalinan berwarna ungu rekaan pereka fesyen Hatta Dolmat dan Nadia menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh beserta sebentuk cincin.

Majlis yang diadakan secara sederhana bertemakan alam semula jadi itu berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor dan ia telah dihadiri oleh kaum keluarga, teman rapat dan kira-kira 300 tetamu.

Menurut Nadia, dia yakin Muizz merupakan pilihan yang tepat sebagai pasangan hidupnya kerana sifatnya yang bertoleransi.

“Dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Sesungguhnya, saya berasa amat bertuah kerana mengenalinya. Dia juga amat memahami diri dan kerjaya saya sebagai pelakon,” kata Nadia kepada Kosmo.

Terdahulu, Nadia dan Muiz mula berkenalan selepas dipertemukan oleh rakan pelakon Ainul Aishah dua tahun lalu dan pada Februari lalu, Nadia telah menerima lamaran Muiz yang merupakan pengurus akaun di sebuah syarikat teknologi maklumat itu dalam suasana romantik iaitu berlatarbelakangkan Menara Eiffel, Paris.

Dr Azmeer dan Selebriti Pertahan Bidang Seni, Kecam Dakwaan 'Bodoh' oleh Pempengaruh
nadia brian
https://lomp.at/cju2r
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem