Bangi Resort Hotel Meraikan Nama Baru Dengan Peraduan Menarik

Mesti Baca

‘Terima Kasih Banyaklah!’- Zarina Zainuddin Kesal Bekalan Air Di Rumah Kena Potong

Pelakon Zarina Zainuddin hari ini meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Pengurusan Air Selangor. Menurut hantaran terbarunya di akaun instagram...

Ikuti Jejak Kylie & Kim, Kris Jenner Bakal Mempunyai Jenama Kecantikan Sendiri

Kris Jenner bakal menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan. Beliau dikatakan mengikuti jejak langkah anak perempuannya yang turut mempunyai empayar...

Guna Dulu Sebelum Beli? Tilam Sonno Beri Anda Pengalaman Yang Luar Biasa

Anda sedang mencari tilam baru? Kami sangat memahami bahawa proses memilih tilam yang baik memerlukan kita untuk bersusah payah...
Hilmi Hafizhttps://murai.my
i have nothing to offer, but i can offer you a good knowledge.

Bangi Resort Hotel meraikan nama barunya dengan peraduan mudah yang tidak
memerlukan sebarang pembelian. Malahan pihak hotel telah mengagihkan 2000 paket Nasi Lemak di Plaza Tol Sungai Ramal (B) di lebuhraya SILK kepada pengguna jalan raya pada hari Jumaat 11 Januari 2019 bermula jam 10pagi.

Penerima Nasi Lemak BRH hanya perlu mengambil gambar atau berswafoto sambil menikmati nasi lemak tersebut dengan logo hotel tertera jelas dan memuatnaik gambar di lama Facebook atau Instagram mereka dengan kepsyen menarik tidak melebihi 20 perkataan berserta hashtag #bangiresorthotel #hospitalityredefined #eatandwinbrh #makandanmenangbrh #namabarumukasama.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Februari 2019 pada jam 11.59 malam. Pemenang akan diumumkan di dalam laman web dan laman sosial Bangi Resort Hotel dalam bulan Mac 2019 nanti. Penyertaan yang paling kreatif akan memenangi penginapan 3hari 2 malam di Bangi Resort Hotel berserta sarapan untuk dua orang.

Mulai 1 Januari, Hotel Bangi-Putrajaya telah melalui penjenamaan semula dan kini dikenali sebagai Bangi Resort Hotel. Sebelum ini, Bangi Resort Hotel beroperasi sebagai Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya bermula tahun 1997 dan sebagai Hotel Bangi-Putrajaya pada tahun 2014.

Terletak di puncak tertinggi di Bandar Baru Bangi, Bangi Resort Hotel 5 Bintang ini mempunyai konsep yang berlandaskan villa ala Sepanyol dan mempunyai kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai bagi semua pengunjung, meskipun untuk percutian ataupun perniagaan.

Bagi meraikan penjenamaan semula ini, pelbagai promosi sedang dilaksanakan. Untuk mengetahui dengan lebihlanjut, sila layari laman web www.bangiresorthotel.com, atau hubungi talian 03-8210 2222 atau emel [email protected]

Terkini

3 ‘Influencer’ Sosial Media Diberi Vaksin Terlebih Dahulu? Ini Penjelasan Dr Noor Hisham

Nampaknya ramai netizen yang terkeliru dengan sebuah laporan berita tempatan yang mendakwa Hospital Serdang berhasrat beri vaksin Covid-19 kepada 'Influencer'...

More Articles Like This