Seperti sebuah trend dimana kebanyakan selebriti terkenal mempunyai produk mahupun jenama sendiri apatah di bulan Ramadan ini mereka turut melancarkan produk masing-masing.

IKLAN

Adira Bakal Lelong Tudung Bermula Dengan Harga RM 1,000

Ini termasuklah buat penyanyi Adira Suhaimi yang turut mempunyai koleksi tudungnya sendiri hasil kerjasama dengan jenama tudung wanita yang semakin terkenal, Hermanas.

Menampilkan pelbagai koleksi, uniknya mengenai Adira X Hermanas kali ini, sebuah tudung koleksi khas Adira yang mempunyai tanda tangannya akan dilelong bermula dengan harga RM1,000. Manakala, hasil jualan tudung ini akan didermakan kepada badan kebajikan terpilih.

Selesa Pakai Jenama Hermanas 

Dalam perkembangan lain, Adira berkata antara faktor mengapa dia bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Hermanas adalah kerana dia sendiri merupakan pembeli setia jenama ini. Bermula dengan ‘review’ di media sosial, Adira akui tidak semua review tersebut adalah tidak jujur. Dan buktinya, Hermanas adalah salah satu produk yang dibelinya ketika itu.

“Sebenarnya tak semua review itu tidak bagus. Macam saya, mula mengenali Hermanas disebabkan review di media sosial. Jadi bila saya sendiri pakai dan menerima tawaran ini, saya berbesar hati kerana tudung-tudungnya memang selesa”

Adira ditemui murai.my pada majlis pelancaran tudung Adira X Hermanas yang berlangsung di [email protected], The Curve, Petaling Jaya pada petang Selasa.

IKLAN