Kes Dadah: Farid Kamil Didenda RM2,000 Gara-Gara Beri Bukti Palsu

Terdahulu, pelakon Datuk Farid Kamil mendakwa dirinya telah dianaya oleh tiga individu yang juga selebriti tempatan selepas mereka dikatakan telah memasukkan dadah ke dalam minumannya. Ekoran itu, dia telah hilang kawalan sehingga menyerang anggota polis dan orang awam di Balai Polis Kota Damansara.

Didenda Sebanyak RM 2,000

Susulan daripada kes tuduhan itu, semalam Farid telah dikenakan denda sebanyak RM2,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memberikan keterangan dan bukti palsu dalam laporan polis yang dibuatnya sebelum ini. Farid didakwa mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan dan pengakuan bersalah Farid itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Taj, salah seorang yang dituduh Farid selain dari Osh Firdaus dan pelakon Sofi Jikan.

Taj Innuendo

Hadapi Tuduhan Lain 

Dalam perkembangan lain, suami kepada Datin Diana Danielle ini turut menghadapi tuduhan lain yang masih dibacarakan di mahkamah. Ini termasuklah tuduhan mendatangkan kecederaan dengan sengaja, dan penyalahgunaan dadah.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN