Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

IG Abby Abadi ‘Diserang’ Netizen Isu Anak Kahwin Di Thailand?-“Kesian Abby Dok Backup Anak, Last-Last..”

by Naddy Joe
February 8, 2024
166
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernah kecoh di media sosial mengenai anak kepada selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga sepasang suami isteri.

Terkini, tular pula berita dikhabarkan pula Marissa yang didakwa telah bernikah dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Aslam di Songkla, Thailand pada Disember tahun lalu.

Dipetik laporan media tempatan, anak perempuan selebriti ini telah berkahwin dengan Aslam ketika isteri pertamanya berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah. Malah, perkahwinan tersebut juga dikatakan berlangsung tanpa pengetahuan pihak keluarga kepada Marissa.

View this post on Instagram

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

“Kenapa Dia Jadi Macam Tu? Sayangnya…”

Menjengah ke ruangan komen akaun Instagram Abby Abadi, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai Marissa, malah ada yang memberikan kata-kata nasihat agar anak perempuan Abby ini dibawa pergi berubat.

“Sis cuba bawak anak gi berubat, takkanla lawa macam tu nak lelaki gitu.”

“Kesian mama Abby dok backup anak. Last-last anak membelakangi dia ?.”

“Kenapa dia jadi macam tu? Sayangnya ?.”

“Tahniah dapat menantu.”

“Harap tak betul cerita Thailand tu, saya rasa rugi sangat secantik ini, muda kahwin dengan mamat tu. Marissa layak yang lagi helok.”

“Tabah lah bapa dan mak nye.”

“Biar dia hidup sendiri kak. Dah ada laki kan. Biar laki yang tanggung makan minum dia. Biar dia hidup tanpa mak ayah. Berdikari la dik oii. Nikah Thai mau, hidup tanpa duit mak pak tak mau.”

September lalu, Abby tampil mempertahankan anak perempuannya, Marissa yang didakwa pernah ‘check-in’ bersama seorang lelaki yang berstatus suami pada Jun 2023.

Jelas Abby, sememangnya sangat ‘sedap’ untuk menambah-nambah cerita serta menuding jari terhadap orang lain berhubung isu tular Marissa yang baru berusia 18 tahun ketika itu.

“Mama Rindu Adik Yang Dulu” – Abby Abadi Luah Rasa Sayu Sempena Hari Lahir Marissa Dania, Netizen Sebak Ingat Konflik Lalu
anak abby abadimarissa dania
https://lomp.at/dd97z
Share66Tweet42SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem