Seperti biasa menjelang beberapa hari lagi nak raya, banyak iklan raya dari pelbagai agensi dan syarikat terkemuka muncul menyajikan jalan cerita yang mampu menambat hati penonton. Rata-rata netizen cukup terhibur malah terkesan dengan mesej-mesej yang disampaikan melalui iklan yang dikeluarkan samaada di TV mahupun di media sosial. Ada yang betul-betul mencuit hati tak kurang juga menyentuh hati.

Antara iklan Raya yang paling tersentuh hati untuk kami ialah dari Alha Alfa Cosmetics, Maxis, Sharp, Petronas, Malaysia Airlines dan Safi. Yang lain-lain juga tak kurang hebatnya. Jom sama-sama kita tonton iklan raya di bawah. Sediakan tisu ya!

1Abang Berharap | Alha Alfa Cosmetics

Sebuah harapan yang disimpan oleh seorang abang di hari raya. Satu cerita yang di olah ringkas dan membawa mesej yang baik kepada penonton yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli.

2Momen Istimewa Zahirah MacWilson dan Ibunya | Sharp

Iklan raya dari jenama terkemuka Sharp menampilkan pelakon popular Zahirah MacWilson ni buat ramai sebak. Paling tak tahan sedih bila lihat muka Zahirah ditemukan dengan ibunya selepas 8 bulan tak berjumpa.

3Rendang SoRaya | Petronas

Setiap tahun iklan Petronas tak pernah mengecewakan, setiap tahun juga air mata meleleh! Kali ini menceritakan tentang air tangan ibu yang tiada tandingannya. Sebuah cerita pendek dari Petronas ini mengisahkan gadis kampung bernama Soraya yang berusaha untuk menyediakan masakan rendang resipi rendang tradisi ibunya.

IKLAN

4Deria Takbir | Maxis

Walaupun Iklan Maxis ini tidak menampilkan pelakon-pelakon popular, tapi siapa sangka ia dapat mengetuk hati kita yang sempurna ini untuk bersyukur dengan kurniaan Allah. Iklan ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang berlainan pendengaran menggunakan aplikasi #DeriaTakbir yang direka untuk turut bersama melagukan takbir di Aidilfitri ini.

5Sama-sama Balik Kampung | Malaysia Airlines

Iklan MAS tahun 2019 tak mengecewakan, kisah balik kampung sentiasa dekat di hati orang Malaysia. Setiap kali tengok iklan MAS, mesti akan mengimbau kembali tragedi hitam suatu ketika dahulu dan air mata akan hampir bergenang.

6Manis Berkongsi, Sama Berseri | Safi

Sebuah iklan raya dari Safi mengisahkan dilema yang dihadapi oleh Mira selepas kehilangan ibunya. Pada awalnya Mira tidak senang dengan kehadiran ibu tirinya. Namun akhirnya dia sedar, ibu tirinya ikhlas berkongsi hidupnya dengan mereka sekeluarga.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry