Sejak semalam, sebuah kontroversi melibatkan chef selebriti yang juga pengacara dan pelakon, Chef Fikree Aznan mula tersebar meluas di laman sosial apabila dia didakwa telah berlaku curang dengan seorang wanita yang berstatus isteri orang.

Chef Fikree bersama isteri dan anaknya

Isteri Dedah Chef Fikree Curang Bersama Isteri Orang 

Perkara itu telah didedahkan sendiri oleh isteri nya, Sharifah Zuriehan Ben Yahya menerusi laman Instagram nya. Menurut Zuriehan, suaminya itu sudah beberapa kali dikatakan curang termasuk terdahulu bersama seorang personaliti televisyen di TV9 yang juga berstatus isteri orang.

IKLAN

Sudah Hubungi Pihak JAIS 

Lebih mengejutkan, Zuriehan turut mendedahkan bahawa pada ketika itu dia sudah menghubungi pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menangkap suaminya itu berdua-duaan bersama wanita tersebut di rumah mereka namun tidak berjaya dipercayai kerana wanita tersebut berjaya meloloskan diri menerusi pintu belakang rumah mereka.

“Patutlah tak balik rumah..dah ada kereta perempuan tu pakai..kasut perempuan tu dekat dalam rumah..kasut fikree dekat luar..i kol jais..jais lmbat dtg..perempuan tu dah keluar pintu belakang”

Kecewa Dengan Tuduhan Suami

Dalam pada itu, isteri chef selebriti itu turut meluahkan rasa sedih dengan tuduhan suaminya yang mengatakan bahawa kononnya dia telah berbohong dan sengaja mengada-adakan cerita.

Kecewa dengan sikapnya itu, Zuriehan turut meminta agar suaminya tidak memutar beli cerita kerana dia mempunyai beberapa bukti mengenai sikap suaminya.

Sejak mula tular kes itu, netizen mula ‘membanjiri’ ruangan komen Instagram Chef Fikree dengan pelbagai kecaman sehingga turut menyamakannya dengan sikap beberapa orang selebriti yang turut mempunyai kontroversi yang hampir sama beberapa bulan ini.