Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Datuk Dahlan Zainuddin Meninggal Dunia Selepas Koma Empat Hari

by Khai Azfar
May 29, 2019
Share on Facebook

Malam tadi, industri hiburan dikejutkan dengan khabar berita pemergian seorang pengiat seni yang cukup disegani, Datuk Dahlan Zainuddin yang meninggal dunia di Hospital Selayang, pada jam 9.48 malam tadi.

Koma Akibat Angin Ahmar 

Penyanyi era 70-an itu sebelum ini telah dikejarkan ke hospital akibat serangan angin ahmar sebelum koma selama empat hari. Menurut sumber, sebelum koma isterinya Datin Effa Rizan sedang asyik berbual sebelum Dahlan secara tiba-tiba senyap dan tidak memberikan sebarang reaksi.

YouTube video

Empat tahun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan ini pernah diserang strok yang mengakibatkan lumpuh sebelah kiri sebelum kejadian terbaru pada Sabtu lalu, Allahyarham diserang buat kali kedua di bahagian kanan pula ketika menanti waktu berbuka puasa.

Dikebumikan Hari Ini

Selain isteri, Allahyarham turut meninggalkan tiga anak iaitu Natasha Idha, 40, Mohd Danial, 35, dan Athinia Ines, 24. Jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur untuk dimandi dan disembahyangkan serta akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara selepas solat Zuhur hari ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Datuk Dahlan Zainuddin
https://lomp.at/sk5uz
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem