Keanu Reeves Bakal Berlakon Dalam Filem The Eternals?

Mesti Baca

Selepas filem Avengers : EndGame, peminat sudah mengetahui bahawa Marvel Cinematic Universe (MCU) akan meneruskan kesinambungan mereka dengan menumpukan fasa pembikinan filem yang seterusnya. Selain Black Widow, antara filem yang terbaharu keluaran MCU yang disebut-sebut adalah The Eternals.

Keanu Reeves Sertai Angelina 

Mengesahkan khabar berita tersebut adalah tularnya berita mengenai pelakon wanita Hollywood, Angelina Jolie dikatakan akan terbabit dalam filem adiwira itu sebagai Sersi. Terbaharu, seorang lagi pelakon popular turut dikatakan akan menyertai Angelina dimana Keanu Reeves disebut-sebut sebagai pelakon tersebut.

Belum Disahkan 

Menurut sumber, Keanu akan memegang salah satu watak dalam filem itu dan rundingan telah pun diadakan. Biarpun ianya khabar angin dan Keanu juga belum menandatangi sebarang kontrak, namun peminat begitu teruja untuk menantikan Keanu menyertai MCU apatah lagi filem nya, John Wick benar-benar memberangsangkan.

Jika benar khabar berita ini, kita bakal menyaksikan barisan pelakon handalan sertai The Eternals termasuklah Richard Madden yang turut disahkan sertai filem ini.

Terkini

Justin Bieber Dedah Kesukaran Ketika Awal Perkahwinan Bersama Hailey Baldwin

Justin Bieber membuat pendedahan betapa sukarnya ketika tahun pertama perkahwinannya bersama isteri, Hailey Baldwin. Tahun Yang Sangat Sukar Melalui temubualnya bersama...

Artikel Berkaitan