Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

5 Tips Memilih Jam Tangan Yang Sesuai Dipadan Dengan Baju Raya

by Zaidin Albert
June 3, 2019
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Dah selesai membeli-belah untuk Syawal yang bakal menjelma? Atau anda lebih suka berbelanja pada saat akhir?

Jika anda sedang mencari jam tangan yang sesuai dipakai bersama baju raya anda, kami ada 5 tips untuk dikongsikan dengan koleksi terbaru Fossil Group.

Nampak Segak Berbaju Melayu

Foto: Bon Fashion Legacy

Serlahkan stail anda dengan menggayakan Baju Melayu bersama jam tangan versatil dan klasik yang sesuai dipakai tak kira untuk kegunaan harian atau sambutan istimewa. Sebagai alternatif, cuba padankan jam tangan yang mempunyai tali jam berstail jalur atau monogram untuk lebih menonjol.

Kurta Pilihan Ramai

Foto: IG Fikree Ibrahim
Kurta: Primavalet

Lengkapkan koleksi anda dengan jam tangan sports yang lasak atau jam tangan berwarna-warni ini yang boleh menyerlahkan stail kurta yang ringkas namun masih menyerlahkan personaliti anda.

Untuk Si Pemakai Baju Kurung

Foto: IG Nora Danish
Baju Kurung: OWLOVERAYA by Nora Danish

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sama seperti peribahasa ini, rekaan baju kurung masih menjadi pilihan penggemar pakaian tradisi. Bagi menyerlahkan lagi sisi kewanitaan anda, gayakan baju kurung anda tak kira yang lama atau baru bersama-sama salah satu daripada jam-jam ini yang akan menyerlahkan personaliti anda dengan perincian bentuk serta angka unik dan dial jam tangan yang tersendiri!

Jam Menonjol Serlahkan Rekaan Baju Kedah

Dari kiri: Rico Rinaldi, Tom Abang Saufi dan Jovian Mandagie. Foto -Wanista

Rekaan Baju Kedah yang mempunyai lengan tiga suku sudah tentu akan menyerlahkan apa sahaja aksesori yang digayakan pada lengan anda, termasuklah jam tangan. Cukup beranikah anda untuk menggayakan jam tangan dengan warna terang dan rekaan unik bagi menonjolkan Baju Kedah yang dipakai? Padankan koleksi jam tangan ini dengan Baju Kedah yang bercorak bunga-bungaan untuk menonjolkan stail yang eklektik.

Gayakan Kebaya Dengan Lebih Elegan

    Foto: IG Nabila Huda

Bagi yang mempunyai citarasa penuh elegan, gayakan Baju Kebaya bersama-sama jam tangan dengan rona  two-tone atau monokromatik ini untuk perincian yang unik dan bergaya yang sesuai dipadankan dengan kebaya moden berwarna-warni mahupun yang tradisional.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/k4ox5
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem