Nama hotel ini telah menjadi sebutan orang ramai gara-gara tersebarnya kontroversi berkaitan video seks songsang melibatkan individu yang mirip seorang menteri. Tetapi sehingga kini belum ada penjelasan secara rasmi dikeluarkan dari pihak yang dituduh.
Dari berita yang tersebar, difahamkan hotel Four Points by Sheraton yang terletak Sandakan merupakan lokasi video itu dirakam. Ingin kami ingatkan, bukan kontroversi yang kami ingin kongsikan, tetapi fasiliti hotel ini cukup mengagumkan kerana pemandangan dari hotel yang begitu memukau.
Menawarkan 5 pilihan tempat menjamu selera dan kolam renang infiniti, Four Points by Sheraton Sandakan terletak di sebelah Sandakan Harbour Mall. Hotel ini menghadap ke Teluk Sandakan dan Laut Sulu.
Dari segi interior, hotel mengenakan perabot moden dan setiap bilik memiliki segala keperluan para pengunjung yang bermalam di sini. Anda dapat menikmati pemandangan kota atau pelabuhan dari bilik.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan tarikan menarik di sekitar Sandakan seperti Sandakan Heritage Museum yang hanyalah sekitar 600 meter dari hotel, manakala Sam Sing Gong Temple pula hanyalah dalam 900 meter.
Nak membeli-belah? Anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke kawasan kedai dan central market yang ada di sini. Untuk info, hotel ini telah mendapat skor sebanyak 8.8 dari 10 mata dan menerima lebih 1.4k ulasan dari pengunjung menempah menerusi Booking.com.
Jika anda berminat untuk menginap di hotel ini, anda boleh terus membuat tempahan menerusi Trivago, kerana laman web ini membandingkan lebih daripada 200 laman web di seluruh dunia. Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik dan murah!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.