Sejak menyertai program realiti TV, Big Stage tahun lalu, Baby Shima nampaknya semakin aktif menghiburkan peminat di Malaysia dan Indonesia.
Dalam pada itu, sejak Baby Shima muncul dengan penampilan bertudung baru-baru ini, ramai peminat yang memuji penyanyi yang popular dengan irama dangdut ini menutup. Walaubagaimanapun, memetik dari Hits, sememangnya Baby Shima berniat untuk terus bertudung dan mempunya sebab sendiri untuk kekal dengan imej sekarang.
“Tipulah kalau saya cakap tidak pernah berhasrat untuk berhijab. Niat itu memang ada tapi bagi saya biarlah berhijab itu ikhlas dari hati sebagai umat yang memenuhi tuntutan agama. Doakanlah agar saya melangkah ke fasa itu suatu hari nanti.”-katanya
Baby Shima menambah, dia tidak mahu berhijab semata-mata kerana mahu dipandang manis atau dipuji oleh peminat dan orang sekeliling. Dia menganggap, ia satu kesilapan besar jika mengenakan hijab hanya kerana mahukan pujian atau nampak baik di mata manusia.
“Kalau boleh saya mahu berhijab apabila hati, mental dan fizikal betul-betul bersedia. Bila tarikhnya, saya tidak boleh beri jaminan kerana soal hati bukan boleh ditafsir atau dirancang.”- katanya kepada Hits, Utusan Online.
Seperti mana yang diketahui, Baby Shima lebih dikenali di Indonesia berbanding di Malaysia. Di Indonesia Baby Shima di bawah naungan Nagaswara Music sejak dua tahun lalu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.