Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Sarah Suhairi Rangkul Kejuaraan Big Stage 2018

by Khai Azfar
September 24, 2018
Share on Facebook

Pentas Big Stage, yang berlangsung selama 8 minggu akhirnya melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Sarah Suhairi muncul sebagai juara sulung Big Stage.

Bawa Pulang 100 Ribu

Memperoleh markah 66.05 peratus, Sarah yang menyanyikan dua buah lagu, Awan yang Terpilu dan single baharu, Nyawa dan Raga membawa pulang hadiah kemenangan RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua pula disandang oleh Syafiq Farhain yang mendendangkan lagu Antara Hujan dan Airmata serta Aku Jatuh Cinta. Syafiq yang juga seorang anggota bomba membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000. Menyampaikan dua lagu berjudul Darjat dan Footlose, Afieq Syazwan menduduki tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM25,000. Tempat keempat dan kelima dimenangi Wani Kayrie dan Baby Shima. Tidak pulang dengan tangan kosong, Waniey menerima hadiah wang tunai RM10,000 manakala Baby Shima RM5,000.

Persaingan  Sengit

Berdasarkan markah yang diperolehi kesemua mereka, boleh dikatakan peringkat akhir kali ini begitu sikit dengan menyaksikan perbezaan markah yang begitu hampir antara semua kedudukan. Dalam konsert akhir Big Stage yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan Dato Sri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Mas Idayu dan Mark Adam sebagai juri dengan markah 70 peratus dan 30 peratus markah daripada undian TikTok.

Bagi konsert akhir Big Stage, kedua-dua juri tetap telah mempersembahkan aksi bertenaga mereka dimana Siti telah berduet bersama Alif dengan lagu Kisah Ku Inginkan manakala Faizal pula menyanyikan single terbarunya buat kali pertama, Ragaman.

Menghangatkan lagi konsert terakhir ini, Big Stage menampilkan bintang dari Amerika Syarikat, Alec Benjamin membuat persembahan single hits nya, Let Me Down Slowly.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat
juara big stage 2018Sarah SuhairiSarah Suhairi Big Stagesenarai peserta big stage
https://lomp.at/j73m7
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem