Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Kisah Perceraian 3 Artis Malaysia Ini Mampu Buka Mata Ramai Orang

by Phic ARMAN
June 18, 2019
77
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukan mudah untuk kita menerima hakikat bahawa hubungan bergelar suami isteri yang terjalin bertahun tahun lamanya tidak berpanjangan dan berakhir dengan perceraian. Ada di kalangan kita yang menganggap perceraian itu sebuah titik hitam sehingga sulit untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Kadang-kadang, status ‘janda’ atau ‘duda’ membuatkan mereka rasa ‘down’ dan malu pada diri sendiri.

Perceraian Selalu Dianggap Negatif

Dalam industri hiburan, kes perceraian dikalangan selebriti atau artis tanahair sering menjadi tumpuan. Yang pastinya, zaman kecanggihan teknologi sekarang, peminat dapat menyaksikan segala proses perceraian artis kesayangan mereka dari awal hingga akhir menerusi media sosial mahupun di laman berita hiburan.

Namun apa yang membimbangkan, rata-rata netizen bukannya memberi kata semangat malah melemparkan pandangan dan komen negatif sehinggakan pasangan artis bercerai tersebut merasa tertekan.

Sangat setuju bila artis terpaksa menutup ruangan komen, kerana itu adalah jalan yang terbaik untuk mematikan sel-sel hitam dari badan netizen.

Siapa kata, kes-kes artis bercerai ini memberi impak negatif dan contoh yang tidak baik kepada peminat? Mungkin ramai yang tak faham, perceraian suami isteri itu kadang-kadang membawa  kebaikan lagi ia berpunca dari tiada persefahaman ataupun pasangan curang. Lazimnya, kehidupan mereka ternyata lebih sempurna malah lebih bahagia selepas bercerai.

Lihat saja, beberapa kisah artis-artis popular ini yang pernah melalui perceraian namun akhirnya mereka bahagia dengan kehidupan baru. Apa yang lebih menarik, hubungan mereka dengan bekas suami atau isteri terjalin dengan baik sehinggakan ada menunaikan umrah bersama-sama. Kagum kan?

Berikut kami rangkumkan 3 artis popular yang pernah melalui fasa perceraian dan kini ternyata mereka menjalani kehidupan bahagia  yang membuatkan anda rasa seronok selepas bercerai.

Abby Abadi & Norman Hakim

Jika kita imbas kembali kontroversi perceraian Abby Abadi dan Norman Hakim, memang ramai yang meramalkan mereka berdua tidak mungkin boleh berdamai. Manakan tidak, Abby sendiri yang kantoikan suaminya pada masa itu Norman Hakim bersama Memey Suhaiza.

Selepas kedua-duanya membina kehidupan baharu, Abby & Norman bersama pasangan baru masing-masing mampu mengekalkan hubungan dan menjalinkan silaturahim yang baik.

Mereka sering dijadikan contoh sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia. Malah baru-baru ini mereka berempat mengajak peminat-peminatnya mengerjakan umrah bersama-sama pada Disember tahun lalu. Seronok bukan?

View this post on Instagram

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)

Nora Danish & Jejai

Jika diimbas kembali pada tahun 2006, pasangan pelakon popular Nora Danish dan Rizal Ashram berkahwin dan akhirnya bercerai pada tahun 2008. Kisah perceraian Nora ternyata mendapat perhatian ramai kerana Nora diceraikan ketika tengah hamil 3 bulan.

Namun ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, kini Nora bahagia bersama suami barunya, Nedim dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Walaupun Nora dan bekas suaminya melalui detik-detik hitam bersama sebelum ini, namun mereka berdua ternyata tidak bermusuhan malah sering berbalas-balas komen di Instagram. Menerusi ruangan komen di Instagram (IG), Jejai, Nora berharap agar orang ramai dapat berdoa agar Jejai segera ditemukan jodoh.

Erra Fazira & Engku Emran

Pada 25 Oktober 2007, Erra Fazira dan Engku Emran telah berkahwin dan mereka telah dikurniakan seorang anak yang comel bernama Aleesya. Perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 18 Februari 2014.

Walaupun Emran sudah menemui pengganti iaitu berkahwin dengan pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun hubungan baiknya dengan bekas isteri tetap utuh.

Tatkala Erra sedang berada dalam situasi bersalah berhubung kemelut persengketaan dengan sahabatnya Datin Paduka Umie Aida, muncul satu doa mengharukan dari bekas suaminya di Instagram.

“Ayah akan sentiasa doakan awak akan membesar menjadi seorang wanita yang cantik luar dan dalam. Sama seperti mama (Erra) dan bunda (Laudya),” coretnya menerusi perkongsian Instagram.”

Siapa sangka, ketika Erra dikecam netizen, bekas suaminya berada disisinya memberi kata semangat dan menolak tuduhan yang bukan-bukan terhadap Erra.

Dari kisah 3 kisah artis popular ini membuktikan bahawa perceraian itu bukannya membawa kesakitan dan kesengsaraan buat selamanya, sebaliknya ia akan mengeratkan lagi hubungan agar lebih harmoni dan hidup lebih bahagia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/ljwi5
Share37Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem