Semalam sebuah majlis pelancaran kerjasama diantara dua jenama ‘gergasi’ telah diadakan dimana Golden Screen Cinemas dan Sony Pictures Entertainment telah bekerjasama menerusi kolaborasi yang dinamakan Sony’s Reel Society.

5 Filem Yang Hanya Ditayangkan Di GSC 

Dalam kerjasama ini, lima filem terbitan Sony akan ditayangkan eksklusif hanya di GSC dibawah siri GSC International Screens. Bermula 20 Jun 2019, lima filem Sony yang akan ditayangkan di GSC adalah Best of Enemies (20 Jun), Late Night (1 Ogos), Ode To Joy (19 September) , The Sound of Silence ( 3 Oktober) dan A beautiful Day in the Neighbourhood (20 Januari 2020).

IKLAN

Tayangan Di GSC Yang Terpilih 

Menurut Simon Foo, Pengarah Urusan Sony Pictures Entertainment Malaysia pemilihan GSC sebagai panggung wayang eksklusif bagi tayangan filem ini adalah kerana melihat GSC sebagai satu jenama yang kuat dalam industri perfileman antarbangsa apatah lagi kelengkapan dan keselesaan pawagam yang ditawarkan apatah lagi kelima-lima filem ini ‘memerlukan tempat’ yang selesa bagi penonton hayati setiap jalan cerita dengan baik.

Siri filem Sony’s Reel Society ini akan ditayangkan di beberapa pawagam GSC yang terpilih iaitu di GSC Pavilion, GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC Gurney Plaza dan GSC Paradigm Johor Bahru.