Pelakon dan pengarah filem, Elli Suriaty sememangnya dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara malah begitu aktif dalam mengikuti perkembangan politik biarpun menyatakan sokongannya kepada pihak pembangkang.
Semalam menerusi laman YouTube, nama Elli sekali lagi menjadi perhatian apabila dia mengeluarkan hujahnya mengenai sebuah video lucah yang dikaitkan dengan dua orang ahli politik iaitu Datuk Seri Azmin Ali dan anggota PKR Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Dakwa Video Tulen
Menurut Ellie, berdasarkan pengalamannya di dalam industri seni sesuatu video yang ingin disunting, memerlukan beberapa sudut rakaman. Malah jelasnya, video yang tular itu tidak menggunakan mana-mana sudut dan hanya menggunakan sudut lebar. Tambah Ellie, kamera yang digunakan untuk merakam adegan tersebut juga seolah-olah berada dalam keadaan statik.
“Kalau nak edit, dia kena ada banyak angle (sudut). High angle, top shot, frontal, title shot dan sebagainya, jadi bila kamu edit, baru dapat bermacam-macam angle,”
Tidak Mampu Disunting Dalam Masa Singkat
Dalam pada itu, Ellie juga mendakwa sekiranya ianya disunting menggunakan teknik seperti CGI, pakaian khas berwarna hijau diperlukan namun di dalam video lucah itu, kedua-duanya tidak memakai pakaian tersebut.
Menafikan dakwaan bahawa video seumpama itu mampu disunting dalam masa yang singkat, dengan pengalamannya sebagai seorang pengarah Ellie berkata ianya memerlukan tempoh masa yang panjang untuk membuat sesebuah suntingan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.