Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nadya Syahera Dedah Suami Curang Dengan Adik Pengasas Kosmetik Terkenal!

by Khai Azfar
June 21, 2019
Share on Facebook

Lagi isu curang melibatkan selebriti terus hangat diperkatakan. Selepas beberapa selebriti lelaki terpalit dengan isu ini, terbaharu pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad, Nadya Syahera mendedahkan suaminya, Fizul Nawi yang juga selebriti media sosial berlaku curang.

Dedah Suami Curang

Dedah Nadya menerusi laporan sebuah portal, dia akui rumahtangga nya yang dibina sejak empat tahun kini sedang berantakan.Menurut pelakon itu, dia mendapat tahu bahawa suaminya berlaku curang selepas berasa curiga sejak dari awal apatah lagi ‘kegiatan’ suaminya itu berjaya dihidu seminggu sebelum Aidilfitri.

Jelas Nadya lagi, segalanya terbukti apabila terdapat bukti bergambar mengenai suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan seorang gadis dari Kelantan yang juga adik kepada pengasas kosmetik terkenal.

Bagi Peluang Pada Suami 

Biarpun kecewa dan sudah mengetahui perbuatan suaminya itu, bagi Nadya tidak terfikir di fikirannya untuk berpisah dan akan berusaha untuk mempertahankan perkahwinan mereka. Terdahulu, menurut pelakon itu hubungan kedua-duanya dikatakan bermula setelah gadis berkenaan datang ke premis restoran mereka sebagai seorang pelanggan.

Nadya dan Fizul telah berkahwin pada 25 September 2015 dan ianya merupakan perkahwinan kedua buat pasangan itu setelah masing-masing gagal mempertahankan rumah tangga pertama mereka. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose,2 dan Mohamad Dayyan,1 tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fizul nawiNadya Syaherasuami nadya syaherasuami nadya syahera curang
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara