Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi Automotif

3 Kereta Mewah Milik Neelofa Yang Tidak Diketahui Peminat

by Phic ARMAN
June 25, 2019
387
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama pengacara dan usahawan Neelofa, semakin mekar dalam industri hiburan dan menjadi inspirasi kepada semua wanita di Malaysia. Bukan kerana wajahnya yang memang hampir setiap minggu tampil di program MeleTop, tetapi kerana kejayaan dan pencapaiannya dalam bidang perniagaan yang diusahakan.

Tak hairanlah jika wanita yang berasal dari Kelantan ini dijuluki sebagai salah satu artis terkaya di Malaysia. Kalau dah kaya, sudah pasti mempunyai kemampuan untuk memiliki kereta-kereta mewah dan antara termahal di dunia.

Memetik dari sebuah video dari laman Youtube  Majalah Nona, Neelofa ada menyebut dia mempunyai 3 buah kereta iaitu BMW, Porsche dan Range Rover. 

YouTube video

Nah! setelah kami selidik jenis setiap model kereta yang digunakan, berikut kami rangkumkan 3 kereta mewah milik Neelofa yang tidak pernah didedahkan oleh pihak media.

Range Rover Evoque

Di media sosial, Neelofa pernah mempamerkan foto dia ‘berposing’ dengan kereta Range Rover Evoque ini yang berwarna putih. Sememangnya Range Rover Evoque mempunyai imej mewah dan stailo seakan dibina khas untuk diletakkan di depan lobi hotel mewah atau valet kompleks beli belah premium. Sesuai sangat dengan imej Neelofa kan? Difahamkan harga model Range Rover Evoque ini bermula dari RM 400 ribu sehingga RM 500 ribu ketika mula diperkenalkan. Hampir setengah juta.

BMW X6

BMW X6 adalah kereta jenis crossover mewah kelas mid-size yang dikeluarkan pada  tahun 2008 oleh BMW. X6 oleh BMW tergolong sebagai Sports Activity Coupé (SAC). Mengkombinasikan ciri sebuah SUV dengan gaya sebuah coupé.

YouTube video

Kereta ini sering digunakan oleh Neelofa dengan menggunakan khidmat pemandu peribadi. Anda boleh dapat lihat kereta ini dalam sebuah video berjudul 21 Soalan Dengan Neelofa di laman Youtube MHE TV.

Dari hasil pencarian kami di google,  harga BMW X6 ini boleh mencapai RM RM666,800 hingga RM 1.12 Juta. 

Porsche Macan

Rata-rata peminat sudah mengetahui, dalam banyak-banyak kereta yang dia miliki, Porsche Macan merupakan kereta kegemaran Neelofa kerana dia sering dilihat memandu kereta ini sendiri.

Ini terbukti dengan beberapa keping gambar & video yang dimuatnaik di Instagram. Salah satunya ialah video viral ini di mana dia menyanyikan lagu Kun Anta ketika sedang memandu.

https://www.youtube.com/watch?v=SLHa1xbGpF8

Hasil pencarian kami di google, harga jualan bagi Porsche Macan bermula dari RM455,000.  

Jadi, dari ketiga-tiga kereta mewah ini, yang mana satu sangat sesuai dengan Neelofa?

BMW X6Porsche MacanRange Rover EvoqueSports Activity Coupé (SAC)
https://lomp.at/liw4i
Share162Tweet94SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem