Sunday, August 7, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Automotif

Memang Mengancam! Intip Ford Mustang Milik 5 Selebriti Popular Ini

by Zaidin Albert
June 26, 2019
3.5k
KONGSIAN
Share on Facebook

Ford Mustang merupakan salah sebuah kereta Muscle Amerika yang paling ikonik pernah dikeluarkan. Untuk info,  selama lebih 50 tahun Ford Mustang dikeluarkan, Ford Mustang telah muncul lebih daripada 500 buah semenjak ia dikeluarkan pada tahun 1964.

Memetik dari laman gohedgostan.com, selepas memperkenalkan Mustang Shelby GT500 pada awal tahun ini, Ford kini mengalihkan tumpuan mereka kepada varian 2.3L EcoBoost dan telah menghasilkan pakej High Performance. Dengan pilihan transmisi automatik 10 kelajuan dan manual enam kelajuan, Mustang High Performance dipercayai boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa empat saat dan mencapai kelajuan maksimum 249 km/j.

Wow! Laju betul kereta Mustang ni! Patutlah digilai oleh ramai peminat kereta sport di luar sana walaupun harganya mencecah RM435,000 hingga RM564,000 seunit mengikut varian yang berbeza.

Sama seperti, 5 selebriti popular ini yang mengagumi kereta terlaris di dunia ini dan mampu memiliki sebuah Mustang dengan pilihan model dan warna masing-masing. Jom kita lihat 5 selebriti & usahawan popular yang memiliki kereta dengan reka bentuk yang maskular ini.

Aeril Zafrel

Pelakon Aeril Zafrel dengan Ford Mustang warna kuning ‘Triple Yellow Tri-Coat’ yang sungguh mengancam.

Safiq Rahim

Bekas pemain bola sepak Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim  juga memilik sebuah kereta Ford Mustang dengan pilihan warna kelabu gelap.

IKLAN

Dato’ Alha Alfa

Begitu juga dengan Dato’ Alha Alfa, juru makeup selebriti terkenal yang kini juga merupakan usahawan muda berjaya dalam bidang kosmetik memiliki sebuah Ford Mustang dengan warna Biru.

Safiey Ilias

Pilihan warna yang sama dengan Aeril Zafrel, usahawan kosmetik kontroversi, Safiey Illyas juga memiliki sebuah Ford Mustang berwarna kuning ‘Triple Yellow Tri-Coat’.  Mustang ini dilaporkan pernah melalui proses pembaikan selepas terlibat dalam kemalangan.

Kereta ini turut dipamerkan dama muzik video Syinta Gila nyanyian Safiey yang pernah trending pada tahun lalu.

Wak Doyok

Nama Wak Doyok atau nama betulnya Mohd Azwan Md Nor tidak perlu diperkenalkan lagi. Baru-baru ini Wak Doyok telah menambah koleksi kereta mewah beliau dengan sebuah Ford Mustang 5.0L V8 dengan bodykit Super Rocket dari CT Motorsport.  Difahamkan kereta Wak Doyok ini bukan calang-calang orang boleh pakai.

Itulah balasan keringat selebriti dan usahawan ini yang tidak putus-putus berusaha siang dan malam bekerja demi menjana pendapatan yang tinggi. Jadi kepada yang belum mampu, boleh tengok je lah dan jadikan sebagai inspirasi untuk kita semua.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: alha alfaDato' Alha AlfaFord Mustangkereta aeril zafrelsafiey illiassafiq rahimUsahawan Kosmetikwak doyok
Share1441Tweet877SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Yang Pertama Dalam 500, Kereta Bugatti Chiron Super Sport Milik TMJ Sangat Eksklusif!
Automotif

Yang Pertama Dalam 500, Kereta Bugatti Chiron Super Sport Milik TMJ Sangat Eksklusif!

by Mas Ayu
July 25, 2022

Umum sedia maklum bahawa Tunku Mahkota Johor(TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat meminati kereta-kereta sport mewah dan boleh dikatakan baginda...

Read more
Kini Di Malaysia! Ini 6 Fakta Yang Unik Tentang Ford Ranger Generasi Baru
Automotif

Kini Di Malaysia! Ini 6 Fakta Yang Unik Tentang Ford Ranger Generasi Baru

by Hakim Faz
July 23, 2022

Murai.My berpeluang menghadiri pelancaran debut eksklusif Ford Ranger generasi baru yang diadakan di Exhibition Centre, Pavillion Bukit Jalil. Ford Motor...

Read more
[VIDEO] Agak ‘Rare’ Di Malaysia! Datuk Aaron Aziz Beli Kereta Mewah Baru, Ini Keunikannya
Automotif

[VIDEO] Agak ‘Rare’ Di Malaysia! Datuk Aaron Aziz Beli Kereta Mewah Baru, Ini Keunikannya

by Zaidin Albert
March 7, 2022

Pernah dengar kereta berjenama Tesla? Kereta jenama ini memang susah untuk dilihat di jalan raya, ini kerana  Tesla tidak dijual...

Read more
Kemalangan Myvi Remuk Buat Netizen Kagum! Ada Yang Kata Kereta Myvi Buat Di Neraka!
Automotif

Kemalangan Myvi Remuk Buat Netizen Kagum! Ada Yang Kata Kereta Myvi Buat Di Neraka!

by Mas Ayu
September 7, 2021

Masih lagi tular mengenai eksiden kereta Myvi yang remuk di langgar lori baru ini, kini heboh dan menjadi bualan ramai...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Anak-anak Kami Akan Menjadi British’ – Ini Jawapan Dr Amalina Apabila Ditanya Mengenai Kerakyatan Bakal Anak

  2. 2

    Hayfa ‘Trending’ Di Twitter! Nadiya Nisaa Dedah Sikap Sebenar Ummi Nazeera

  3. 3

    Pelakon Ako Mustapha Sakit? Afdlin Shauki Mohon Orang Ramai Titipkan Doa

  4. 4

    “Sesuatu Tentang Beliau Yang…” – Sharnaaz Ahmad Titip Doa Buat Amir Raja Lawak

  5. 5

    Kecoh! Video ‘Leak’ Tersebar, Netizen Dakwa Ada Yang ‘Busuk Hati’ Dengan Noh Salleh?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera